اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, March 22, 2014

PEKIDA sanggup bermandi darah demi MH370



11:09    No comments PEKIDA ni meroyan lagi. Dalam isu anti hadis Kassim Ahmad, mereka senayp sunyi. Dalam isu khurafat 'raja bomoh'mereka juga senyap sunyi. Hanya berkokok, ekor bergelumang tahi. Tambah pilihanraya Kajang hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi. Macam itulah taktik kotor NGO pro UMNO.

Kalau betul PEKIDA sanggup mandi darah kerana mempertahankan Islam, kenapa tak 'mandi junub' bila melihat ada beberapa orang dah mati dalam Future Music Festival di Bukit Jalilkonsert Festival Asia hari itu. Islam jenis apa PEKIDA ni? Islam jadi-jadian? Sudahlah. Orang dah bosan.

Reformasi 2.0 digerakkan seluruh negara


KAJANG: Pakatan Rakyat bertindak melancarkan Reformasi 2.0 secara besar-besaran, di Stadium Kajang, malam tadi.

Pelancaran Reformasi 2.0 itu yang bermula di Kajang, seterusnya akan digerakkan di seluruh negara, sebelum kemuncaknya akan diadakan di Kuala Lumpur.

PRK Kajang petunjuk Dr Wan Azizah boleh jadi PM wanita pertama Malaysia Oleh Lim Kit Siang

Posted on March 21, 2014 by

WIRA3044 (1)
Surat Terbuka kepada pengundi-pengundi pilihanraya kecil Kajang dari Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Jumaat, 21 Mac 2014:
Seruan Ketiga kepada para pengundi Kajang – bersatulah memberikan undi kepada Wan Azizah dalam pilihanraya kecil Ahad ini bagi pihak 30 juta rakyat Malaysia sebagai tanda keyakinan terhadap keupayaan beliau untuk menjadi Perdana Menteri pertama Malaysia
Saya telah mengungkapkan dua harapan terhadap pilihanraya kecil Kajang hari Ahad ini.
Pertama, para pengundi Kajang akan mencipta keajaiban dengan menyebabkan calon Barisan Nasional hilang wang pertaruhan pada hari mengundi 23 Mac nanti.

Dr Wan Azizah lawan Chew Mei Fun, UMNO berzumba tepuk tangan

 Oleh Izmil Amri



1959281_10152220471629192_147746800_n

DAP tidak bertanding. Yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Ahad ini ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah bukan calang-calang calon dan jika mengalami kekalahan sudah pasti di mana PKR akan sorok muka dan menanggung malu dan nak lari bersembunyi?

Penyiasat teliti rekod panggilan telefon juruterbang

SEPANG: Pasukan penyiasatan sedang meneliti rekod panggilan telefon juruterbang pesawat MH370 Kapt Zaharie Ahmad Shah dari kokpit, yang dilaporkan dibuat beberapa minit sebelum pesawat itu berlepas.
  
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya berkata rekod panggilan telefon itu telah diserah kepada pasukan penyiasat bersama-sama dengan maklumat mengenai senarai kargo.

Menjelaskan lanjut mengenai manifes kargo, beliau berkata pesawat itu membawa bateri kecil tetapi ia telah mendapat kelulusan serta mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

AMSA kerah enam pesawat cari MH370 hari ini

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini mengerahkan enam pesawat untuk menyertai operasi mengesan pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.
  
AMSA dalam satu kenyataan di sini, berkata sebuah pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berlepas kira-kira 9 pagi (waktu Australia Timur) sementara dua pesawat komersial perjalanan jarak jauh berlepas pada 9.15 pagi.
  
"Pesawat kedua P3 Orion RAAF dijadual berlepas pada 11 pagi, manakala P3 Orion milik New Zealand pula pada pukul 1 tengah hari, dan pesawat ketiga P3 Orion RAAF dijangka terbang keluar pada 3 petang," kata kenyataan itu.

10,000 sertai Reformasi 2, 'Kajang Move' diteruskan


KAJANG: Perhimpunan Reformasi 2.0 menyaksikan hampir 10,000 penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Stadium Kajang malam tadi.

Lebih 23 orang pimpinan Pakatan Rakyat daripada PAS, PKR dan DAP tampil di atas pentas memberi ucapan berapi-api membidas kezaliman kerajaan Umno BN terhadap rakyat.

Orang ramai mula membanjiri Stadium Kajang seawal jam 8.00 malam menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas di semua arah.