Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa perlu mengambil tindakan
segera mengenal pasti dalang yang membocorkan dokumen tidak sah
berhubung jadual lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 8 April lalu.
Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa
Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar, berkata laporan polis juga
perlu dibuat terhadap mereka yang membuat dakwaan itu, iaitu Ahli
Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Bukit Mertajam, Steven
Sim Chee Keong berikutan tuduhan mereka berbaur hasutan dan palsu.