KUALA LUMPUR:
PAS mendesak agar Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dikembalikan
jawatannya sebagai Pengarah UMcedel dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains
Sosial Universiti Malaya. Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri seterusnya wajib memberikan jaminan kebebasan akademik kepada ahli-ahli akademik di negara ini agar mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan berkesan.
"Saya juga menyeru supaya seluruh masyarakat sivil agar bangkit menyatakan keprihatinan ke atas nasib yang menimpa Prof Redzuan. Hal ini tidak boleh kita diamkan begitu sahaja," ujarnya yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen PAS.



KUALA LUMPUR:
Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang berjaya mendapat pulangan yang
lebih besar daripada penjualan tanah negeri, walaupun jumlah keluasannya
jauh lebih kecil berbanding kerajaan BN sebelum ini melalui sistem
tender terbuka yang berdaya saing.
Pengumuman itu dibuat Saifuddin (gambar, kanan) di laman facebook beliau sebentar tadi.