اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, June 30, 2014

Video Penjenayah Menari-Nari Selepas Letak Kepala Lembu Di Depan Rumah Rayer Tersebar

 



Kepala lembu yang berlumuran darah diletakkan di depan rumah R.S.N Rayer, malam tadi, kata Adun Seri Delima itu.

Rayer, yang diserang ahli Umno ekoran kenyataan "Umno celaka" dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang lalu, berkata kepala lembu itu ditemui isterinya di depan pagar rumah mereka pagi ini.

"Dia melihatnya kira-kira jam 6.45 pagi. Ia penuh dengan darah dan telah disiat kulit," kata Adun dua penggal itu kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Rayer enggan mengaitkan kejadian ini dengan kenyataannya di DUN Pulau Pinang bulan lalu.
"Saya tidak mahu kata ia ada kaitan dengan itu... tetapi ini kejadian pertama saya hadapi sejak kejadian itu.

"Saya akan membuat laporan polis sekejap lagi dan biarkan mereka menyiasatnya," kata Rayer, yang merupakan seorang peguam.

Lembu dianggap suci oleh penganut Hindu. Rayer dan keluarganya adalah penganut Hindu.

Kenyataan "Umno celaka" yang dibuat Rayer, 37, ketika membahaskan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Tun Dr Abdul Rahman Abbas pada sidang DUN Pulau Pinang, menyebabkan beberapa protes ahli Umno.

Lebih 10 orang didakwa di mahkamah kerana menceroboh masuk bangunan DUN Pulau Pinang ketika bersidang.

22 Mei lepas, Pemuda Umno Wilayah Persekutuan berhimpun di perkarangan bangunan DAP di Kuala Lumpur dan mengugut membakar bangunan itu. ~tmi









No comments:

Post a Comment