اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, July 1, 2014

PAS desak kembalikan jawatan Prof Redzuan


HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: PAS mendesak agar Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dikembalikan jawatannya sebagai Pengarah UMcedel dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri seterusnya wajib memberikan jaminan kebebasan akademik kepada ahli-ahli akademik di negara ini agar mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan berkesan.

"Saya juga menyeru supaya seluruh masyarakat sivil agar bangkit menyatakan keprihatinan ke atas nasib yang menimpa Prof Redzuan. Hal ini tidak boleh kita diamkan begitu sahaja," ujarnya yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen PAS.

Monday, June 30, 2014

Video Penjenayah Menari-Nari Selepas Letak Kepala Lembu Di Depan Rumah Rayer Tersebar

 



Kepala lembu yang berlumuran darah diletakkan di depan rumah R.S.N Rayer, malam tadi, kata Adun Seri Delima itu.

Rayer, yang diserang ahli Umno ekoran kenyataan "Umno celaka" dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang lalu, berkata kepala lembu itu ditemui isterinya di depan pagar rumah mereka pagi ini.

KDN Pasti Sakit Hati Dengar Berita Ini..

 


Rakyat Malaysia yang berjuang di Syria, Mohd Lotfi Ariffin bertekad untuk tidak lagi kembali ke Malaysia dan itu antara pesanan yang sempat disampaikan sebelum beliau berlepas ke negara bergolak itu, kata Mohd Zainon Ariffin.

Anwar Mendapat Pahala Dengan Fitnah Dibulan Ramadhan Ini....

 

Photo: Wahhhh Hebatnya..... !!! Tahniah Dan Syabas Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Kerana Anda Berjaya Memperolehi Pahala Percuma Yang Berlipat Kali Ganda Di Atas Fitnah Yang Anda Terima..... !!!

Hebat Lah Semua Pemimpin PR Dalam Diam~Diam Diorang Ni Dapat Pahala  Percuma Kan...?  Bertuahnyaaaaa.... !!!!!

Pemimpin BN Ado.......?

Universiti Malaya Bergerak Seiring Dengan Kebodohan..

 

 
Bagi peringkat mahasiswa terutamanya mahasiswa Universiti Malaya (UM), meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati apabila sekali lagi gedung ilmu dirobek oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebelum ini khabar berita mengenai Prof Datuk Dr Redzuan Othman tidak terpilih sebagai dekan di UM adalah disebabkan umur beliau yang semakin lanjut usia.
 

BN jual tanah 35 kali lebih banyak, tapi hasil kecil


HARAKAHDAILY



KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang berjaya mendapat pulangan yang lebih besar daripada penjualan tanah negeri, walaupun jumlah keluasannya jauh lebih kecil berbanding kerajaan BN sebelum ini melalui sistem tender terbuka yang berdaya saing.

Malah, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng, hampir separuh daripada hasil tersebut pula disalurkan bagi membina 20,000 unit rumah mampu milik untuk rakyat.

Saifuddin letak jawatan, protes penyingkiran Prof Redzuan

HARAKAHDAILY 




KUALA LUMPUR: Bagi menunjukkan solidariti dan simpati terhadap tindakan pentadbir Universiti Malaya 'menyingkirkan' Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya (UM) hari ini.

Pengumuman itu dibuat Saifuddin (gambar, kanan) di laman facebook beliau sebentar tadi.

Berita mengenai perletakan jawatan Dr Mohamad Redzuan disiarkan The Malaysian Insider (TMI) pagi tadi yang mendakwa tindakan UM itu dibuat atas tekanan pihak Kementerian Pelajaran ekoran rasa tidak puas hati Putrajaya terhadap beberapa tinjauan politik yang dijalankan UMCEDEL.