Monday, August 11, 2014
Adakah Takdir Tuhan Bahawa Pas Adalah Sebuah Parti Yang Bodoh?
Apabila PAS membuat keputusan untuk memihak kepada TS Khalid Ibrahim dalam isu kemelut MB Selangor sedangkan rakan parti dalam pakatan rakyat, PKR jelas menolak dengan mengemukakan pelbagai 'masalah' berkaitan dirinya, sebenarnya bakal mengundang rasa tidak puas hati penyokong 'tidak fanatik' dengan parti itu.
PAS boleh bersedia dengan perkara berikut;
Rayuan kepada ahli politik Muslim berkenaan Krisis MB Selangor
Krisis kepimpinan yang berlaku kepada Kerajaan negeri Selangor
di dalam isu kedudukan Menteri Besar telah membawa banyak keburukan
kepada seluruh umat Islam di tanahair umumnya dan rakyat di dalam negeri
ini khususnya.
Oleh yang demikian, kami merayu kepada semua ahli-ahli politik Muslim untuk berhenti bergaduh dan berselisih di antara satu sama lain demi kerana mahu merebut kekuasaan dan kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor.
Oleh yang demikian, kami merayu kepada semua ahli-ahli politik Muslim untuk berhenti bergaduh dan berselisih di antara satu sama lain demi kerana mahu merebut kekuasaan dan kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor.
Spekulasi Mengejutkan Dari Golongan Profesional PAS?
Spekulasi semakin kencang mendakwa golongan profesional PAS yang tidak setuju dengan cara Hadi menguruskan krisis PAS – PKR berkemungkinan dipecat daripada parti itu.
Sebahagian lagi, didakwa akan meninggalkan parti dan bergabung dengan
PKR atau pun menubuhkan parti baru. Semua itu terpaksa dilakukan demi
meneruskan politik waras dan tidak terlalu mengikut emosi sebagaimana
yang diamalkan presiden PAS.
Panggil Sidang DUN Tergempar! PKR, DAP Desak Khalid.
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menghadiri sidang akhbar di ibu
pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini. DAP dan PKR mendesak Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan sejauh mana sokongan yang
dimilikinya dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri tergempar. –
Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 11 Ogos, 2014.
PAS ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: PAS mennucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan yang telah memenangi pilihan raya presiden Turki yang diumumkan semalam.
Timbalan
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Datuk Kamaruddin Jaafar,
berkata kemenangan Erdogan menjadikan Turki sebuah negara harapan umat
untuk memimpin dunia Islam yang sedang berdepan tekanan kuasa barat
ketika ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)



