اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, June 8, 2014

MH370: Tubuhkan segera RCI - Tian Chua


LYN NASIR


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Tian Chua (gambar) berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen (PSC) perlu ditubuhkan segera walaupun kotak hitam pesawat MH370 masih belum ditemui.

Jelasnya lagi, penubuhan Jawatankuasa tersebut tidak boleh bergantung kepada penemuan kotak hitam kerana ia melibatkan isu keselamatan rakyat dan perlu disiasat segera.
“Kita tak boleh bergantung kepada penemuan kotak hitam, baru nak tubuhkan RCI, sebab RCI itu adalah Jawatankuasa Khas yang penting untuk membuat siasatan terhadap MH370.

Saturday, June 7, 2014

USAH BICARA SOAL HUDUD DENGAN UMNO, BAB MAKAN PUN UMNO GAGAL !!

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei lepas mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mengesan DNA babi dalam coklat susu dan kacang Hazel serta coklat susu dan badam bagi kelompok produk itu bertarikh luput 13 Nov 2014 dan kelompok bertarikh luput 15 Jan 2015.

 
Pada Isnin lepas JAKIM mengesahkan dua sampel produk coklat berkenaan yang diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan tidak mengandungi DNA babi selepas melakukan ujian sampel di makmal Jabatan Kimia.

Isteri hanya bertuala di hotel bersama lelaki lain bikin suami tumbuk dinding

 


Kota Kinabalu – Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), awal pagi semalam.

Wanita berusia 24 tahun itu dicekup bersama duda berusia 34 tahun di sebuah hotel di Sinsuran, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi selepas suaminya membuat laporan mengenai salah lakunya.

LAGI KISAH ORANG ISLAM TIDAK PERCAYA JAKIM

 


Kredibliti JAKIM sudah lama tercemar akibat tindak tanduk sekumpulan pegawai JAKIM yang pernah khianati bangsa dan ummah sendiri. Pernah seorang pengusaha kilang mee kuning Melayu Muslim menceritakan bagaimana susahnya untuk kilangnya dapatkan logo halal. Hingga habuk perabut dan dinding pejabat yang tak mungkin menjejaskan proses pegilangan pun dipersoalkan.

Kilang itu sangat bersih dan bleh dikatakan suci. Tuan punya orang Islam yang sendiri menguruskan memang seorang pembersih dan begitu prihatin tentang kualiti dan kesucian keluarannya.

RM9.6 JUTA KEPADA PEMBERI INFO MH370 TAWARAN DARI KELUARGA MANGSA

  




SHAH ALAM – Keluarga dan waris penumpang MH370 dari beberapa negara menawarkan ganjaran sebanyak US$3 juta (RM9.6 juta) kepada mana-mana individu atau pihak yang mempunyai maklumat penting yang membawa kepada penemuan MH370.

PUTRAJAYA LEMAH PUNCA KERABAT DIRAJA ' MENGEPAK KUASA ' !!!

 

Perubahan yang ingin dilakukan di Johor tentang penglibatan Sultan Johor dalam pentadbiran negeri mungkin menjadi duluan yang merbahaya bagi Perlembagaan.
"Inisiatif" Sultan Johor supaya terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri hanyalah contoh terbaru kerabat diraja menunjukkan kuasa tanpa rasa takut kepada kerajaan pusat, khususnya perdana menteri.

Tunggu apa lagi Najib, bersaralah!

 



Oleh Zulkifli Yahaya


KEHILANGAN pesawat MH370 sudah memasuki bulan ketiga. Sejak Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengumumkan ia berakhir di Lautan Hindi, tiada secebis tinggalan daripada pesawat yang didakwa mendarat atau terhempas di lautan itu dijumpai.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan kenyataan Najib tidak betul.

“Seseorang sedang menyembunyikan sesuatu,” katanya. Tambahnya, kapal terbang boleh mendarat dengan selamat atau terhempas tetapi tidak boleh hilang begitu sahaja.