KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei lepas mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mengesan DNA babi dalam coklat susu dan kacang Hazel serta coklat susu dan badam bagi kelompok produk itu bertarikh luput 13 Nov 2014 dan kelompok bertarikh luput 15 Jan 2015.
Pada Isnin lepas JAKIM mengesahkan dua sampel produk coklat berkenaan yang diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan tidak mengandungi DNA babi selepas melakukan ujian sampel di makmal Jabatan Kimia.
Mana satu yang betul? Kedua-duanya dari pihak
yang bukan berstatus 'low class". Kementerian Kesihatan di bawah
Menteri Kesihatan. JAKIM juga di bawah Menteri Di Jabatan Perdana
Menteri. Kedua-dua Menteri ini pula adalah di bawah Najib. Najib pula
Presiden Umno yang juga Pengerusi Bn dan paling utama Najib adalah PM
negara ini yang menang dengan sokongan 47% rakyat Malaysia. Ertikata
lain, rakyat Malaysia 'redha' dengan kerajaan Najib. Maka, redha kah
kita dengan apa yang berlaku sekarang?
Jika mahu menghukum secara individu, memang
mudah saja. Di dalam kaedah Islam, apa jua makanan yang meragukan atau
was-was elok ditinggalkan. Tetapi adakah dengan itu kita boleh biarkan
pemerintah terus bersandiwara di dalam perkara besar begini? Jika
dibiarkan tidak mustahil mana-mana pihak akan berani mempersendakan
makanan orang-orang Islam.
Siapa Menteri yang patut letak jawatan kerana
ternyata gagal meyakinkan rakyat di dalam isu ini? Menteri Kesihatan
kah atau Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu Jamil Khir? Menteri
Kesihatan mahu lepaskan diri dengan cara mencari 'kambing hitam'. Jamil
Khir pula cuba meyakinkan rakyat JAKIM ini boleh dipercayai sebagaimana
beliau cuba yakinkan rakyat sewaktu beliau menggunakan duit zakat untuk
menghalang kes Qazaf.
Jika kita masih tidak peka lagi dengan perkara
yang berkaitan dengan hukum, tidak pelik jika Umno/Bn akan terus
berkuasa di negara ini. Usah bicara soal Hudud dengan Umno kerana di
dalam soal makanan halal pun Umno gagal tangani dengan baik. Jangan
main gila untuk berbaik dengan Umno setelah banyak kali Allah tunjukkan
Umno ini tidak boleh diharapkan untuk membela Islam di negara kita.
Jika ada yang masih yakin dengan Umno, maka terimalah apa yang berlaku
sekarang.
No comments:
Post a Comment