KUALA LUMPUR: Harakahdaily mencapai kata sepakat dengan radio internet, Suara Rakyat FM untuk bekerjasama.
Melalui kerjasama ini, Harakahdaily akan membekalkan berita untuk diperdengarkan dalam radio internet ini melalui suararakyatfm.blogspot.com.

Tiga pegawai kanan radio internet ini yang diketuai oleh Ketua Penyelarasnya, Ripin Samat datang ke pejabat Harakahdaily hari ini bagi membincangkan bentuk kerjasama yang hendak dibuat.
Selepas perbincangan dibuat, kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama ini.
"Kami bersetuju untuk membekalkan berita Harakahdaily secara berkala setiap hari kepada radio internet ini," kata Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakahdaily.
(Zulkifli dan Ripin bertukar dokumen hari ini)
Beliau menjangkakan, berita-berita dari Harakahdaily akan mula berkumandang dalam radio internet ini mulai minggu depan.
"Untuk permulaan ini, kita jangkakan tiga slot berita sehari akan kita bekalkan iaitu tengahari, petang dan malam," katanya lagi.
Mulai minggu depan, ikon radio Suara Rakyat FM akan ada di laman Harakahdaily.
Ia membolehkan, semua pelayar Harakahdaily boleh klik ikon ini untuk mendengar radio sambil melayar berita-berita Harakahdaily.
Ripin pula melahirkan kegembiraannya dengan kerjasama yang bakal terjalin ini.
"Dengan adanya berita ini, saluran radio kami akan lebih bermutu dan memberikan manafaat besar kepada pendengar kami," katanya.
Ketika ini, radio ini berkumandang 24 jam sehari melalui laman internet, suararakyatfm.blogspot.com.
Ia juga boleh didengar melalui telefon bimbit android menerusi Tunein Radio.

Petikkan Harakahdaily 30.1.2013: Kerjasama dan gabungan tenaga Radio Suara Rakyat FM
Hokage Kazakage Ranger Puteh