اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, April 6, 2014

Matta: Wan Junaidi hina rakyat Malaysia

 


Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Sabah mengesyorkan agar Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar menarik balik saranan agar resort di pulau terpencil ditutup bagi menjamin keselamatan pelancong.

Pengerusi Matta Sabah Robet Chong berkata cadangan tersebut amat mengecewakan dan menghina rakyat Malaysian kerana timbalan menteri itu tidak dapat menjamin keselamatan di kawasan terbabit.

"Ia akan memberi kebaikan kepada semua pihak sekiranya timbalan menteri dalam negeri dapat menarik kembali kenyataan beliau kerana kenyataan negatif itu memberi akibat serius ke atas keyakinan perniagaan, pelaburan dan pembangunan di Semporna," katanya.

Beliau turut menggesa agar industri pelancongan terus bersatu dan tabah menghadapi cabaran yang akan timbul ekoran kenyataan timbalan menteri itu.

Sementara itu naib presiden Matta (kemasukan pelancong) KL Tan pula menyatakan kekecewaan ke atas keengganan Wan Junaidi untuk menjamin keselamatan di resort terpencil di perairan Sabah itu.

"Cadangan timbalan menteri dalam negeri menutup resort ini adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia," kata Tan.

Beliau mengingatkan bahawa kerajaan membelanjakan RM 286 juta untuk membina Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan tambahan RM 75 juta dalam bajet tahun lalu.

Tan berkata keselamatan pulau-pulau di perairan Semporna lemah berikutan kehadiran kampung air yang didiami pendatang tanpa izin yang menyukarkan pasukan keselamatan mencari dan mengenalpasti penjenayah.

Beliau menambah Wan Junaidi sepatutnya melawat Semporna sendiri dan tidak cuba 'melarikan diri' dari isu ini.

"Untuk maklumat timbalan menteri dalam negeri, penculikan itu berlaku di sebuah resort yang terletak kira-kira lima minit dari Bandar Semporna dan bukannya di pulau terpencil.

"Dia (Wan Junaidi) ditugaskan untuk mempertahankan setiap rakyat Malaysia termasuk pelancong dan bukannya hanya menyerahkan tugas kepada orang lain dan melarikan diri dari tanggungjawab," kata beliau.

Mereka mengulas kenyataan Wan Junaidi bahawa Esscom tidak mampu menjamin keselamatan resort terpencil itu dan meminta mereka meningkatkan keselamatan sendiri.

Rabu lalu, pelancong dari China Gao Huayun,29 dan seorang pekerja resort dari Filipina Marcy Dayawan @ Mimi, 40 diculik tujuh lelaki bersenjata di Singamata Adventures and Reef Resort, di pantai Semporna.


No comments:

Post a Comment