اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, May 19, 2014

KETUA MENTERI SARAWAK DIGERTAK OLEH PARTI KOMPONEN BN..APA PUNCANYA



8 komponen BN tentang kemasukan TERAS



Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengeluarkan amaran keras kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem supaya tidak melayan idea menerima Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) ke dalam BN.

“Daripada penilaian saya dan laporan akhbar bahawa lapan parti BN akan menentang kemasukan TERAS ke dalam BN, saya yakin TERAS tidak akan diterima,” kata Presiden SUPP Tan Sri Peter Chin malam tadi.


Chin  tidak menamakan lapan parti komponen itu.

Bagaimanapun Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) sudah menyatakan penentangan mereka.

“Menilai berdasarkan perlembagaan (BN), saya tidak fikir TERAS boleh menyertai kerana kamu mesti ada kesepakatan... jika tiada kesepakatan dan persetujuan daripada setiap parti dalam BN, kamu tidak boleh masuk.

“Kami juga akan lobi parti komponen BN lain (sebanyak 13 lagi) untuk menentang kemasukan TERAS,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas jawatankuasa pusat SUPP.


Mesyuarat itu turut menyampaikan taklimat kepada 18 pemimpin bahagian daripada kawasan-kawasan selatan Sarawak berhubung situasi politik terkini selepas pengerusi DAP Sibu Wong Soon Koh (kiri), anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengoh, ADUN Opar Ranum Mina Jerip Susil dan ADUN Engkilili Johnichal Rayong keluar parti dan menyertai TERAS.

Khamis lalu, keempat-empat mereka mengumumkan keluar daripada SUPP dan membentuk parti baru TERAS.

Menteri pembangunan sosial Tan Sri William Mawan Ikom dan anggota Parlimen Baram Anyie Ngau turut mengumumkan meletakkan jawatan daripada SPDP.

Turut menyertai TERAS, ADUN Pelagus dan timbalan presiden Parti Pekerja Sarawak George Lagong dan empat wakil rakyat yang dipecat – dikenali G4 – iaitu Peter Nansian (Tasik Biru), Sylvester Entri (Marudi), Paulus Gumbang (Batu Danau) dan Rosy Yunus (Bekenu).


Walaupun Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengeluarkan amaran keras kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem supaya tidak melayan idea menerima Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) ke dalam BN.

TS Adenan masih tidak berganjak dengan tidak merombak kabinet meskipun enam menteri keluar parti, Dengan alasan semua menteri dan wakil rakyat yang terlibat masih berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

KUCHING: Sarawak tidak akan membuat rombakan kabinet baharu walaupun enam menteri kabinet negeri itu, bertindak keluar parti untuk menubuhkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, rombakan kabinet tidak perlu dilakukan buat masa ini, memandangkan semua menteri dan wakil rakyat yang terlibat masih berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Penstrukturan dan rombakan kabinet negeri tidak perlu dilakukan,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat daripada sekumpulan 11 wakil rakyat dari SPDP, SUPP dan SWP di pejabatnya di sini semalam.

Menteri kabinet negeri yang menyertai TERAS ialah bekas Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang juga Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan Ikom, Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti dan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Sibu, Datuk Sri Wong Soon Koh.

Menteri Muda Pembangunan Perindustrian, Datuk Peter Nansian, Menteri Muda Kemudahan Awam, Datuk Sylvester Entri, Menteri Muda Pendidikan Awal, Rosey Yunus dan Menteri Muda Kesihatan Awam, Datuk Dr. Jerip Susil.

Adenan memberitahu, kunjungan 11 wakil rakyat yang menyertai TERAS itu bertujuan untuk memaklumkan sebab tindakan mereka menubuhkan parti baharu, selain memberi jaminan akan terus menyokong Barisan Nasional (BN).

“Justeru tanpa keraguan, saya lega dan bersyukur dengan jaminan yang dinyatakan oleh TERAS bahawa mereka tetap berpihak kepada BN.

“Saya akan memaklumkan situasi sebenar mengenai penubuhan TERAS yang dianggotai oleh 10 bekas wakil rakyat BN termasuk enam menteri kabinet ini kepada Perdana Menteri,” katanya.

Dalam pada itu, Mawan berkata, TERAS memberi jaminan akan terus bekerjasama dengan BN dan Ketua Menteri (Adenan) dalam usaha memperjuangkan kepentingan rakyat di kawasan yang mereka wakili.

“Kami (TERAS) berikrar akan sentiasa taat setia dan patuh kepada arahan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan. Surat permohonan untuk membolehkan TERAS diterima sebagai parti komponen BN juga akan menyusul kemudian,” jelasnya.

Mawan hanya tersenyum apabila ditanya kesan daripada tindakan beliau bersama Datuk Peter Nansian ( ADUN Tasik Biru), Datuk Sylvester Entri (ADUN Marudi), Paulus Palu Gumbang (ADUN Batu Danau) Rosey Yunus (ADUN Bekenu) dan Anyi Ngau (Ahli Parlimen Baram) keluar dari SPDP boleh ‘membunuh’ parti berkenaan.

“TERAS tidak ditubuhkan untuk ‘membunuh’ SPDP, tetapi saya tidak boleh menafikannya,” tegas beliau.

No comments:

Post a Comment