اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, June 23, 2014

Aziz Bari kecewa rayuan gereja Katolik ditolak

 

MALAYSIAKINI


 


Pakar Perlembagaan Abdul Aziz Bari bimbang keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes penerbitan The Herald akan memberi petunjuk bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhak menyita naskhah Bible dalam bahasa Melayu dan bahasa Iban.

Katanya, keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan rayuan itu sangat “mengecewakan” kerana ia memberi maksud bahawa keputusan Mahkamah Rayuan sebelum itu adalah muktamad.

"Pada masa ini, pihak berkuasa agama yang menentukan cara pengamalan agama lain selain agama Islam, walaupun tidak ada bukti jelas (bahawa agama lain) memudaratkan ketenteraman awam," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Aziz mengulas kenyataan bekas naib presiden PERKASA, Zulkifli Noordin, yang berpendapat keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini bermakna Majlis Agama Islam Selangor bertindak dengan betul dalam kes rampasan Bible.

Zulkifli juga berpendapat, kesan daripada keputusan Mahkamah Persekutuan itu tidak hanya terhad ke atas pengunaan kalimah “Allah” dalam penerbitan The Herald.

Abdul Aziz berpendapat, keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini bertujuan agar semua pelbagai agama dalam wujud bersama adalam keadaan aman, tetapi ia dilakukan “dengan menjejaskan” orang bukan Islam.

"Tiada undang-undang mutlak yang menetapkan bahawa hanya orang Islam boleh gunakan kalimah Allah seperti dibuktikan melalui persoalan yang dibangkitkan oleh ulama terkemuka dari negara Islam lain,” katanya.

"Salah satu aspek yang saya rasa sukar tentang keputusan itu ialah, apabila larangan dibuat dengan alasan doktrin Kristian. Adakah mahkamah layak berbuat demikian,?" soalnya.

Pandangan sama turut dikongsi seorang peguam, Syahredzan Johan.


No comments:

Post a Comment