اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, June 13, 2014

‘Matematik kreatif’ KIDEX tidak boleh dipercayai – Yeo Bee Yin


Yeo-Bee-Yin-damansara-utama-01

PETALING JAYA, 13 JUN: Dakwaan bahawa Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) akan mengurangkan kesesakan lalu lintas sama sekali tidak boleh dipercayai dan hanya “permainan matematik kreatif” untuk mengaburi mata rakyat, kata Adun DAP Damansara Utama Yeo Bee Yin.
“Biar saya ingatkan Shaharizuan bahawa laporan Penilaian Kesan Trafik (TIA) yang dihantar oleh KIDEX sendiri kepada kami meliputi 43 jalanraya tempatan.



“Menurut laporan itu, di antara 43 jalanraya terdapat beberapa jalan mengalami kenaikan lalu lintas dan pengurangan pada tahap yang berbeza. Mengapa Shaharizuan tidak senaraikan semua jalan yang kadar lalu lintasnya bakal meningkat sehingga 233 peratus (Jalan Bukit Jalil Indah) berpunca daripada KIDEX?

“Jalanraya penting lain yang terjejas termasuk Jalan Changgai (109 peratus), Jalan Sultan (58 peratus) dan Jalan Barat (35 peratus).
“Untuk mengukur kesan keseluruhan semua 43 jalanraya tempatan, kita mesti mengambil kira unjuran kadar lalu lintas di semua 43 jalan dan bukan hanya ‘beberapa’ daripadanya,” kata Bee Yin dalam kenyataan yang mengulas dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif KIDEX Dr Shaharizuan Shafiei, semalam.
Shaharizuan semalam mendakwa KIDEX akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di 16 jalanraya tempatan sebanyak 20 hingga 30 peratus apabila beroperasi nanti dan di 23 jalanraya tempatan sebanyak 20-30 peratus pada 2028.
Bee Yin yang juga Ahli Jawatankuas DAP Selangor menegaskan bahawa berdasarkan laporan awal TIA, KIDEX secara keseluruhannya hanya mengurangkan 5.8 peratus kesesakan lalu lintas pada 2018 dan 3 peratus pada 2028.

“Dengan menunjukkan hanya 20-30 peratus pengurangan kadar lalu lintas, ia adalah sama dengan yang meletakkan label ‘potongan sehingga 70 peratus’ tetapi sebenarnya hanya beberapa barangan saja yang mendapat potongan 70 peratus.
gaan tapi tidak untuk KIDEX,” ujarnya.

Tambah Bee Yin, KIDEX Sdn Bhd juga seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu apabila mengambil tempoh sehingga sembilan bulan untuk menghantar laporan TIA.
“Percubaan KIDEX menggunakan ‘matematik kreatif’ dengan mengambil rujukan terpilih untuk pengurangan trafik menunjukkan bahawa mereka sama sekali tidak boleh dipercayai.
“Pemaju yang menipu tidak boleh diberi kepercayaan untuk membina lebuhraya, menanggung kos pembinaan tinggi bagi setiap kilometer dan mengaut lebih daripada RM3 bilion wang rakyat,” tegasnya.

-Roketkini.com

No comments:

Post a Comment