Pendatang haram 'tempatan' bantu saudara-mara 'warga asing' di Sabah
KOTA
 KINABALU: Ia seperti musuh dalam selimut. Walaupun umumnya telah 
mengetahui bahawa kaum Suluk merupakan peribumi yang terawal datang dan 
tinggal di Sabah atau Filipina Badjaos dengan dokumen-dokumen Malaysia 
yang meragukan, kini ia sudah teruji bahawa mereka bebas membantu 
"saudara-mara warga  Filipina" mereka untuk memasuki  secara haram dan 
meninggalkan negeri ini.
Pendatang
 ini, dengan angka ratusan atau ribuan kebanyakannya di pantai timur 
Sabah, secara terbuka memberitahu pihak berkuasa Malaysia mereka tidak 
akan melaporkan mengenai kehadiran saudara-mara mereka di Sabah.
Satu
 maklumat telah dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas
 Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohamad Mentek ketika berucap dalam 
satu taklimat serta sesi dialog dengan kira-kira 80 pemimpin kaum 
Kadazandusun di Kota Kinabalu baru-baru ini.
"Tugasan ini (mengekalkan dan menjaga kedaulatan dan keselamatan Sabah) bukan satu tugas yang mudah," katanya.
Mohamad
 berkata walaupun penduduk tempatan telah memberitahu Esscom bahawa 
mereka tidak boleh melaporkan kepada pihak berkuasa Malaysia 
memandangkan invidivu-individu ini adalah saudara-mara mereka yang 
berada di pulau kecil selatan Filipina.
"Tuan,
 Apa macam mau report (laporan), mereka itu saudara kami". Begitulah 
jawapan ringkas secara seloroh kebanyakan rakyat "Sabah" yang tinggal di
 pantai timur apabila diberitahu supaya melaporkan kehadiran pendatang 
haram di kawasan mereka.
Ini
 disahkan serta menimbulkan syak wasangka bahawa penculikan baru-baru 
ini di kawasan pantai timur telah dijalankan sama ada penjenayah 
mempunyai "dwi kewarganegaraan" atau warga asing yang menerima maklumat 
risikan "setempat"  daripada saudara-mara mereka.
Mohamad
 mengetahui perkara itu memandangkan beliau sendiri berasal dari daerah 
Semporna yang cukup terkenal dengan kebanjiran pendatang tanpa izin 
sejak tahun 1970-an.
Terdapat
 kritikan bahawa kecerdikan pihak berkuasa Malaysia 'telah berjaya 
ditundukkan rangkaian "setempat" daripada selatan kumpulan pengganas 
Filipina yang memperkenalkan frasa trend terbaru di sin iaitu 
"penculikan untuk mendapatkan tebusan".
Dan
 ini telah membuatkan Esscom dan agensi-agensi keselamatan Malaysia yang
 lain seperti polis , tentera dan penguatkuasaan maritim pening kepala 
untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka tiba-tiba mendapati bahawa 
masyarakat tempatan tidak boleh diharapkan sebagai pemberi maklumat atau
 perisikan.
Malaysia
 sebenarnya mengaut benih yang ditaburkan - membenarkan kebanyakannya 
pendatang tanpa izin beragama Islam tidak berpendidikan dari kawasan 
selatan Filipina dan Indonesia untuk menetap di Sabah dan merekrut 
mereka ke dalam parti-parti politik tertentu.
Kebodohan
 yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa kini telah kembali menghantui 
mereka. Dan perkara yang hanya boleh menimbulkan kekusutan sebagai pihak
 berkuasa ini menghadapi kesulitan antara menguatkuasakan undang-undang 
di kawasan yang mempunyai komuniti tidak mahu memberikan sebarang 
kerjasama dan menerima tekanan daripada pihak atasan yang menjadi punca 
bermulanya semua masalah-masalah ini tetapi kini mahu langkah 
penyelesaian yang boleh diterima.
Maklumat
 yang Mohamad kongsikan itu adalah penting. "Penduduk tempatan" hanya 
membuatkan agensi dibawah Esscom menghadapi kesukaran  untuk memastikan 
keselamatan di pantai timur susulan berlaku "penceroboh" yang sebenarnya
 sudah bertapak di Sabah.
Keselamatan kami telah dilanggar dan tiada apa yang boleh menjadi lebih teruk selain memburu dan menangkap musuh penceroboh.
Dengan
 harapan bahawa suatu hari nanti individu-individu ini akan secara 
semula jadi bersepadu ke dalam masyarakat tempatan Sabah yang cintakan 
keamanan.
Ia
 menjadi lebih membimbangkan apabila kumpulan-kumpulan pengganas atau 
penceroboh di Mindanao mempunyai visi untuk menuntut semula kawasan 
bahagian timur Sabah yang didakwa milik negara Sulu.
Hakikat
 bahawa impian kumpulan warga asing  turut dikongsi bersama oleh kaum 
Suluk setempat dan Badjaos di pantai timur Sabah sekali gus  terbukti 
berhubung satu penemuan bendera, lambang dan surat mempunyai hubung kait
 baru-baru ini
Seorang
 ahli politik kanan yang bercakap kepada theantdaily dengan syarat tidak
 mahu namanya disiarkan, berkata bahawa beberapa pendatang tanpa izin 
setempat telah memetik nama ahli politik Umno tertentu di Pantai Timur 
apabila mereka menghadapi masalah.
Ini sudah tentu akan memberikan kesukaran serta lebih memeningkan kepala agensi-agensi keselamatan di Malaysia.
 

 
 
No comments:
Post a Comment