اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, June 3, 2014

Projek 4A: Lagi runding terus untuk kroni


SALMIYAH HARUN 


KUALA LUMPUR: PAS menyelar tindakan kerajaan yang menganugerahkan Projek 4A, penjanaan berskala besar melalui rundingan terus kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).

Ketua Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Projek 4A  yang  menggunakan kombinasi melalui gas dengan bermula 1,100 mega watt juga akan diberi secara runding terus tidak lama lagi.

"Kaedah ini sangat menjengkelkan pemain-pemain IPP dalam sektor penjana bebas ini.

"Apabila kita mempersoalkan mengapa rundingan terus, alasan kerajaan adalah keperluan mendesak," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Bagaimanapun, Dzukefly menyangkal kononnya rundingan terus dibuat bagi mengelakkan berlakunya 'outages', ini kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai simpanan margin yang cukup selain mempunyai janakuasa tenaga yang lain.

Malah katanya, Perdana Menteri Najib Tun Razak masih gagal memberi komitmen untuk mengamalkan tender terbuka khususnya dalam industri berkala besar ini.

Misalnya kata beliau, Projek 3B oleh Suruhanjaya Tenaga yang menjana arang batu sebesar 2,000 mega watt yang kononnya diberi secara tender terbuka akhirnya menimbulkan kontroversi.

"Di mana projek itu diberikan kepada 1MDB walaupun membida dengan harga yang paling rendah, tetapi diberi kelebihan dari sudut teknikal," katanya.

Tegasnya, amalan rundingan terus ini telah melanggar komitmen tender terbuka yang kononnya ia sebagai satu transformasi oleh Najib Tun Razak.

"Walaupun Suruhanjaya Tenaga sering menerima teguran dan kritikan tetapi dengan tiba-tiba Projek 4A ini badan itu mendapat tekanan daripada Putrajaya supaya melakukan rundingan terus kepada IPP akhirnya memberi kesan kepada TNB. IPP yang paling berdaya saing adalah YTL," katanya.

Justeru katanya, sikap kerajaan yang berterusan memberi projek kepada kroni tertentu secara terus akan menghalang berlakunya kekayaan secara sama rata.

"Kita tidak mahu rakyat melihat orang yang sama mendapat projek sekali gus kekayaan akan dibolot oleh pihak tertentu sahaja, ianya sangat mustahak untuk Najib melihat senario ini. Kerajaan yang telus tidak akan membebankan rakyat," katanya.

- HARAKAHDAILY 3/6/2014

No comments:

Post a Comment