اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, May 30, 2014

Dr. Haron Din Letak Jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS?

 Dr. Haron Din Letak Jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS?


Tidak ada sebarang maklumat diterima PAS pusat mengenai ura-ura Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din akan melepaskan jawatannya dalam parti, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Salahuddin berkata PAS Pusat menganggap berita yang mendakwa Haron Din akan melepaskan jawatan sebagai timbalan mursyidul am hanyalah khabar angin semata-mata.
Katanya, khidmat Haron Din masih diperlukan dalam perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat untuk memastikan hasrat mengambil alih pentadbiran kerajaan menerusi sistem demokrasi tercapai.

"Saya dalam Dewan Harian PAS dan tidak pernah timbul isu Haron Din mahu melepaskan jawatannya sebagai timbalan mursyidul am."Kita tahu beliau tidak sihat tetapi itu tidak bermakna sumbangan tidak boleh diberikan kepada perjuangan parti.
"Saya anggap berita yang mengatakan Haron Din akan melepaskan jawatan hanyalah khabar angin semata-mata," katanya kepada Astro AWANI.
Portal Suara TV dalam laporannya awal pagi ini memuatkan berita yang mendakwa Haron Din akan membuat pengumuman berhubung perletakkan jawatannya di dalam parti itu pada Muktamar Tahunan PAS yang dijadualkan hujung tahun ini.
Keputusan meletakkan jawatan itu dibuat ekoran masalah kesihatan yang sering dihadapi kebelakangan ini selain tidak berpuashati dengan beberapa keputusan parti kebelakangan ini.
“Setelah mengambil kira beberapa faktor seperti masalah kesihatan dan sering uzur, Tuan Guru akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan semua jawatannya di dalam parti.
“Tambahan pula, sejak kebelakangan, beliau telah beberapa kali dimasukkan ke hospital dan dinasihatkan untuk banyak berehat” kata sumber yang dipetik portal tersebut. 

~awani

No comments:

Post a Comment