KUALA LUMPUR: Agensi Berita Nasional (Bernama)
menafikan berita palsu berhubung perletakan jawatan Menteri Besar
Selangor yang tersebar menggunakan nama agensi berita itu.
"Bernama telah mengesan ada pihak tertentu menggunakan namanya untuk menyebarkan berita palsu mengenai perletakan jawatan MB Selangor," maklum agensi itu melalui Twiter dan juga di laman webnya.
Sejak pagi tadi satu mesej paslu menggunakan nama Bernama tersebar mendakwa Tan Sri Abdul Khalid telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor kepada Sultan Selangor.
Mesej palsu itu turut mendakwa Exco Kerajaan Negeri Iskandar Abdul Samad telah diperkenan sebagai Menteri Besar baru dan akan mengangkat sumpah jam 2 petang ini.
Mesej palsu ini menyusul selepas satu lagi mesej yang tersebar sejak malam semalam.
Kandungannya antara lain menyebut kononnya Abdul Khalid akan mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat peletakan jawatannya hari ini.
Ia bagaimanapun dinafikan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor.
Difahamkan, akibat penyebaran mesej palsu itu, sekumpulan wartawan berkumpul di hadapan Istana Mestika, Shah Alam dan Istana Alam Shah, Klang sejak tengahari tadi.
- HARAKAHDAILY 7/7/2014

No comments:
Post a Comment