GAZA: Pihak tentera Israel (IDF) dalam satu
kenyataan rasmi hari ini mendedahkan dua lagi askar mereka maut ketika
menyerang Gaza petang semalam.
Jurucakap pasukan tentera rejim itu berkata, kedua-dua mereka terbunuh ketika bertempur dengan sayap kanan Hamas Briged Izzuddin Al-Qassam.
Salah seorang mayat askar telah dikenal pasti sebagai Sarjan Oded Ben Sira, 22, dari Nir Etzion.
Kenyataan itu menyebut, majlis pengkebumian akan diadakan pada petang Selasa di tanah perkuburan tentera Nir Etzion.
Nama askar kedua bagaimanapun belum didedahkan untuk penerbitan.
Kematian terbaru itu menjadikan jumlah pegawai dan anggota tentera rejim Zionis yang terbunuh setakat ini kepada 27 orang.
Al-Qassam dalam kenyataannya bertegas tidak akan berdiam diri dengan operasi tentera penceroboh yang kini melakukan serangan darat, laut dan udara ke atas penempatan penduduk di Gaza.
Sejak tentera rejim melancarkan serangan bermula 7 Julai lalu, seramai 573 orang Palestin gugur syahid manakala 3,400 lagi dilaporkan.
Sebahagian besar mereka adalah wanita dan kanak-kanak.
- HARAKAHDAILY 22/7/2014

No comments:
Post a Comment