اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, July 22, 2014

Sultan Selangor – Khalid Samad, Portal Umno, Agenda Daily berbohong?



Khalid_SultanSelangor

Laporan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad untuk mengadap dinafikan Datuk Mohamad Munir Bani, Setiausaha Sulit Sultan Selangor.

Kata Datuk Munir beliau tidak dihubungi mana-mana portal berita dan memberi sebarang kenyataan berkenaan penolakkan permohonan Khalid.
Baginda hanya sudah menerima permohonan daripada Khalid, namun tidak memberi sebarang keputusan lagi berkenaan perkara itu.



“Tuanku sudah menerima permohonan untuk menghadap daripada Khalid, bagaimanapun tiada sebarang keputusan dibuat oleh Baginda samada akan berkenan untuk berjumpa atau sebaliknya.
“Hal ini berkemungkinan bahawa portal berita berkenaan sudah tersalah menerima maklumat dan menukar kenyataan pihak Istana Selangor yang menyatakan Baginda menolak permohonan Khalid itu.

“Justeru, pihak Istana akan mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan bahawa Baginda sudah menolak permohonan itu dalam masa terdekat,” katanya dihubungi Berita Harian. Laporan BH, “Istana Selangor nafi dakwaan portal berita permohonan Khalid ditolak“. [di sini]
Bagaimana portal Umno Agenda Daily boleh berkata yang Sultan selangor menolak permohonan Khalid dengan laporan “Kerana surat biadap…Sultan Selangor enggan terima Khalid Samad mengadap.” [di sini]

Agenda Daily yang dilaporkan memetik kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang sendirinya dinafikan Datuk Munir?
Portal Malaysiakini pula menyiarkan laporan “Sultan S’gor tak perkenan Khalid Samad menghadap”`berdasarkan laporan Agenda Daily.

Sumber : http://www.ekeleh.com/

No comments:

Post a Comment