PUTRAJAYA: Kerajaan dan puak pemisah pro-Rusia mendapat sepakat dalam
permintaan negara dalam isu insiden MH17 yang terhempas Khamis lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiga perkara yang
dipersetujui bersama ialah isu mayat yang akan dipindahkan, penyerahan
kotak hitam dan jaminan penyiasat bebas untuk masuk ke lokasi kemalangan
dan membuat siasatan.
"Kita sudah menjalin kerjasama dengan semua pihak yang yang bertanggungjawab dengan kemalangan ini.
"Masalah juga sudah dikenal pasti selain menetapkan perjanjian bersama
untuk melakukan tindakan susulan," katanya dalam sidang media di
kediamannya di sini.
Ujar Najib, perbualan telefon dengan ketua pemberontak Alexander Borodai
juga sudah dibuat sebelum tiga kata sepakat itu diperoleh.
"Pertama, mayat 282 orang akan dipindahkan
dengan kereta api untuk diserahkan kepada wakil-wakil dari Belanda.
Kereta api akan berlepas dan akan diiringi oleh enam wakil Malaysia.
"Mayat akan diterbangkan ke Amsterdam dan
mayat rakyat Malaysia akan diterbangkan pulang dengan C130 Hercules
untuk prosedur forensik seterusnya," ujarnya.
Dalam pada itu kata Najib, perjanjian kedua
adalah kedua-dua kotak hitam juga akan diserahkan kepada pasukan
Malaysia di Donetsk untuk susulan siasatan lanjut.
Sementara ketiga katanya, penyiasat
antarabangsa bebas juga akan dijamin akses selamat untuk lokasi
kemalangan untuk memulakan siasatan penuh kejadian.
"Saya perlu menegaskan bahawa walaupun
perjanjian telah dicapai, masih terdapat beberapa langkah-langkah yang
diperlukan sebelum ia selesai.
"Saya meminta semua pihak untuk terus bekerja bersama-sama dan
memastikan perjanjian ini dihormati selain semua permintaan dipenuhi
sepenuhnya," jelasnya.
Najib turut melahirkan simpati dan kesedihan rakyat negara ini terhadap insiden berkenaan.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/puak-pemisah-pro-rusia-setuju-permintaan-kerajaan-najib-40414?cp
No comments:
Post a Comment