اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, July 25, 2014

Rafizi disiasat kes hasutan isu surat Bank Rakyat

 

MALAYSIAKINI


 


Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini berdepan dengan siasatan kes hasutan ketiga dalam tempoh kurang lima bulan.

Kali ini ia mengenai pendedahan sebuah surat dari seorang menteri kepada Bank Rakyat, yang didakwa meminta layanan baik diberikan kepada seorang ahli perniagaan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Rafizi memberitahu beliau disoal siasat selama dua jam bermula jam 11 pagi di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.

"Selepas saya dedahkan surat menteri itu kepada Bank Rakyat, satu laporan polis dibuat terhadap saya oleh satu NGO di Petaling Jaya mendakwa perbuatan itu bersifat menghasut.

"Jadi polis mulakan siasatan," kata beliau yang juga pengarah strategi PKR.

Rafizi berkata beliau tidak diberitahu NGO mana yang membuat laporan polis terhadapnya.

Pada Rabu lalu, Rafizi yang juga pengasas Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan(NOW) mendedahkan kepada media berhubung surat yang didakwa dihantar Menteri Perdagaan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hasan Malek kepada BankRakyat.


No comments:

Post a Comment