Hajar Aswad Sebagai Penanda Bagi Manusia | Ketika
Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang
dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.
Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan
pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah
kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi
Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di
Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, “Pergilah engkau mencari
sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk
mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari
batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan
sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu
kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu
yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali.
Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”
Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s.
Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke
Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium
Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar
Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat
lambaian tangan sahaja. Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar
Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang
datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang.
Wallahu a’alam.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah
mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai
saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi
yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan
dikabulkan olehAllah s.w.t.. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar
Aswad supaya tidak menyengutukan Allah s.w.t., sebab tipu daya syaitan
kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium
batu itu (Hajar Aswad) : “Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu
biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s.a.w.menciummu, sudah
tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”
Wallahualam.
Sumber : http://dramaraja.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment