اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, August 20, 2014

Dokumen 'Kajang Move' yang tersebar adalah dokumen palsu..

 



Parti Keadilan hari mengecam tindakan penyebaran dokumen Langkah Kajang yang disahkan palsu dan tidak benar.

Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil berkata, maklumat yang tidak bertanggungjawab oleh musuh-musuh politik PKR.

"Usaha sebaran fitnah sebegini membuktikan politik di Malaysia masih belum cukup matang dan musuh-musuh politik Keadilan enggan berentap di tahap idea dan konsep tetapi masih terperangkap di tahap politik fitnah dan lucah yang kuno," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fahmi merujuk kepada beberapa panggilan dan notifikasi pagi ini berkaitan satu dokumen kononnya ditulis oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkaitan Langkah Kajang.

"Saya mengesahkan bahawa dokumen Langkah Kajang yang tersebar di internet tersebut adalah palsu dan fitnah.

"Malah, sesiapa sahaja boleh membaca laman blog sdr Rafizi sekitar waktu Langkah Kajang dimulakan dan akan mengesahkan bahawa beliau sendiri merujuk kepada strategi ini dengan nama Serampang Kajang," katanya.

Penyebaran Dokumen Kajang yang rahsia itu kononnya menyatakan rancangan jangka panjang PKR dan Pakatan Rakyat untuk meranapkan keupayaan kewangan BN menjelang dan semasa PRU-14.

Langkah Kajang itu katanya diadun dengan pelbagai strategi peringkat tinggi melibatkan keuntungan dari pasaran saham tempatan seterusnya menyerang kepentingan strategik kewangan BN.

Antaranya, terkandung fasa pertama (24 bulan sebelum PRU14) bagi Pakatan Rakyat mengaut keuntungan membiayai kempen 222 parlimen dengan suntikan RM2 juta setiap Parlimen manakala fasa kedua (12 bulan sebelum PRU14) menjatuhkan ekonomi Malaysa secara sistematik bagi mengagalkan kerajaan mengekalkan BR1M dan menyebabkan nilai ringgit merosot sehingga terpaksa meningkatkan OPR dan BLR.

Bagi fasa ketiga, dokumen Langkah Kajang itu menyatakan dalam masa enam bulan sebelum PRU14, usaha melibatkan pengambilan keuntungan secara maksima daripada pasaran bagi membiayai PRU dengan peruntukan RM3 juta setiap Parlimen dan RM1 juta setiap DUN.


Caranya, konglomerat akan menekan kerajaan untuk membolehkan harga barangan tertentu dinaikkan sehingga 20 peratus, pengurangan kakitangan dan pembelian ringgit oleh multinasional corporation asing bagi meningkatkan kadar tukaran ringgit dan dalam masa yang sama memaksa Bank Negara memastikan kadar tunai dalam negara mencukupi.

Bagi fasa keempat, menjelang pembubaran Parlimen ialah menjatuhkan pasaran saham ke tahap terendah bagi mengurangkan keyakinan pelabur dan serangan mata wang dengan bantuan syarikat luar menyebabkan ringgit menjadi murah pada kadar minimum RM3.90 berbanding 1USD.--MalaysiaGazette



Ini pula kenyataan media dari Rafizi Ramli mendedahkan sebab-sebab ianya dikatakan hasil kerja macai...

KENYATAAN MEDIA 
Saya menasihati orang ramai terutamanya pendokong Pakatan Rakyat supaya berhati-hati dengan helah yang dimainkan oleh Umno/Barisan Nasional dengan mereka-reka dokumen palsu untuk memfitnah pimpinan. 
Sebelum ini, sudah menjadi kebiasaan apabila tweet atau kenyataan palsu dibuat untuk menimbulkan kemarahan. Saya pernah membawa isu ini ke Parlimen kerana tweet palsu dari cybertrooper Umno/Barisan Nasional. 
Hari ini, satu dokumen palsu kononnya ringkasan eksekutif Langkah Kajang dimainkan. Saya terkejut melihat mereka yang cenderong kepada Pakatan Rakyat turut sama menyebarkan perkara ini seolah-olah mereka tidak menapis dahulu kesahihannya. 
Adalah melucukan jika ada strategi besar yang ditulis dalam satu dokumen. Malah, dokumen itu pun banyak menimbulkan keraguan dan sepatutnya jelas lebih awal bahawa ia dokumen palsu: 
1) penulisnya tidak dapat berapa mahir dengan bahasa Inggeris. Kalau pun itu dokumen sulit, sepatutnya ditulis "P&C" bukannya "Eyes Only"

2) penulis seperti terkeliru di antara ISIS dan ISIL. ISIS itu think tank yang menyokong kerajaan, tidakkah jenaka apabila PKR merancang konspirasi sulit dengan ISIS? 
3) semua yang tahu politik dalam PKR tahu bahawa Sdr Azrul Azwar adalah pegawai Tan Sri Khalid. Di mana masuk akal pegawai khas MB yang juga menyokong kuat MB merancang strategi sulit mahu menukar MB? Sdr Azrul Azwar pun bukan lagi di dalam Institut Rakyat, semua orang dalaman PKR tahu perkara ini (kecualilah ia ditulis oleh blogger-blogger Umno) 
Dan banyak lagi. 
Dokumen palsu itu jelas ditulis oleh blogger-blogger Umno seperti pada satu masa mereka pernah menuduh saya mempunyai hubungan seks dengan seorang wanita Inggeris bernama Kristi. Mereka tidak tahu Kristi itu kucing saya. 
Saya tidak terkejut mainan Umno itu. 
Saya terkejut cepatnya rakyat Malaysia, malah yang cenderong kepada Pakatan Rakyat, percaya kepada perkara karut tanpa usul periksa. Semaklah perawi dahulu dan gunakanlah akal yang Allah kurniakan. 
-Rafizi Ramli

Pesanan aku buat macai yang berusaha untuk mengeluarkan dokumen ini... Belajar lagilah Bro!!

Tapi jangan kita berasa hairan jika melihat sikit hari lagi akan ada NGO-NGO Pro UMNO akan membawa dokumen ciptaan macai ini ke Balai Polis dan buat laporan Polis supaya pihak berkuasa menyiasat dokumen ini...

No comments:

Post a Comment