اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, August 11, 2014

Isu Khalid: PAS Bersama UMNO Atau Bersama Rakan2 PR?




Ambiga: Siapa sebenarnya sokong kamu Khalid?

Bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga menuntut Tan Sri Khalid Ibrahim menamakan siapa sebenarnya yang menyokongnya sebagai menteri besar, seperti didakwanya.

Dalam reaksi terhadap pengumuman Khalid bahawa sultan Selangor memperkenannya kekal sebagai menteri besar walaupun dipecat PKR, Ambiga mahukan pihak itu dinyatakan.

“Tan Sri, untuk kepentingan rakyat Selangor, sila namakan pihak dalam dewan (negeri) yang kamu kata sokong kamu,” tulisnya di Twitter.

“Walaupun dengan sokongan PAS, ia (dewan) masih tergantung,”
katanya.

Kedudukan kerusi terkini dalam PKR kini seperti berikut: PKR (13), DAP (15), PAS (15), Umno (12) dan bebas (1). -mk


Buktikan ada sokongan, PKR, DAP desak Khalid panggil sidang DUN tergempar

PKR dan DAP hari ini mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan sokongan yang dimilikinya seperti dipersembahkan kepada Sultan Selangor dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar.

Kedua-dua parti Pakatan Rakyat (PR) itu berkata kenyataan Khalid mengatakan mendapat sokongan adalah meragukan.

"Kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak istana, beliau mempunyai sokongan majoriti DUN itu adalah meragukan," kata kenyataan bersama yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, hari ini.

Sebaliknya, DAP dan PKR mendesak supaya Khalid membuktikan beliau mempunyai sokongan. "Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kepada rakyat jelata sokongan majoriti yang diperoleh beliau itu seperti mana yang beliau dakwa," kata kenyataan itu lagi.

"Ini termasuklah memanggil sidang DUN untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan beliau mempunyai sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan Umno," katanya.

DAP dan PKR secara terbuka menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor baharu.

Ia menjadikan DAP dan PKR memiliki 28 Adun menolak Khalid, cuma PAS belum menyatakan pendirian. PAS memiliki 15 Adun di Selangor.

"PAS pula belum membuat keputusan mengenai sokongan mereka kepada Khalid dan Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 ini," katanya.

Walaupun sudah menyatakan secara terbuka 12 Adun mereka akan menyokong Khalid tetapi ia masih belum dibuktikan, kata kenyataan itu lagi.

"Umno menyatakan secara terbuka 12 Adun mereka menyokong Khalid seperti mana yang didakwa beliau.

"Jika 12 Adun Umno tidak menyokong Khalid, maka jelaslah beliau mempersembahkan maklumat palsu kepada Tuanku Sultan Selangor," kata kenyataan itu.

Susulan perkembangan terbaru ini, PKR dan DAP berkata akan meneliti langkah terkini bagi menyelesaikan kemelut di negeri Selangor tersebut.

"PKR dan DAP akan terus menggunakan segala kaedah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat (PR) yang dipilih rakyat dalam pilihan raya umum yang lepas.

"Langkah seterusnya mengikut Undang-undang Tubuh Negeri akan dimaklumkan selepas pimpinan PR terus bermesyuarat mencari muafakat menyelesaikan perkara ini dengan baik."

Khalid dipecat daripada PKR Sabtu lalu selepas usaha mereka mendesaknya berundur gagal.

Khalid hari ini berkata masih menteri besar yang sah di Selangor selepas menyakinkan Sultan Selangor beliau memperoleh sokongan majoriti dalam DUN.

Beliau mengadakan pertemuan dengan baginda di istana dan sejurus kemudian mengadakan sidang media menjelaskan statusnya sebagai menteri besar Selangor.

Khalid juga mencabar mana-mana exco yang tidak menyokongnya agar meletakkan jawatan.
-TMI



Isu MB: Exco PAS S'gor jalan tugas seperti biasa

KUALA LUMPUR: Keempat-empat Exco PAS Kerajaan Selangor akan terus menjalankan tugas mereka seperti biasa di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, demikian tegas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, ini kerana kerajaan negeri masih lagi wujud dan berfungsi seperti biasa, sebelum menunggu pengumuman terbaru daripada PAS Pusat.

"Kerajaan masih ada, jadi mereka hendaklah menjalankan tugas sebagaimana biasa sehingga ada keputusan baru," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kedudukan kesemua Exco PAS selepas Lembaga Disiplin PKR memecat Abdul Khalid kelmarin.

PAS mempunyai empat Exco dalam kerajaan Selangor iaitu, Pengerusi Perumahan Pengurusan dan Peneroka Bandar Iskandar Samad (Adun Chempaka), Pengerusi Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian Pembangunan Desa Sallehen Mukhyi (Adun Sabak), Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali (Adun Selat Klang) dan Pengerusi Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus (Adun Sijangkang).

Sementara itu, Mustafa mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan para penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik yang kini melanda Selangor.

Katanya, PAS masih bersama Pakatan Rakyat dan menangani krisis ini secara berhemah, cermat dan bijaksana bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
-HD


ULASAN GB

PAS bersama rakan di dalam Pakatan Rakyatkah atau sudah bersama UMNO di dalam isu Khalid Ibrahim?

PAS juga dilihat tidak betul dari segi "masa". Begitu cepat Tuan presiden dan Majlis Syura memberikan sokongan kepada Khalid Ibrahim. Tetapi terhegeh-hegeh untuk memanggil mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos2014 ini setelah dianjakkan dua kali, pertama pada 10 Ogos kemudian kepada 13 Ogos 2014.

Dan lebih memalukan apabila PAS kini tersenarai di dalam kelompok yang menyokong Khalid bersama-sama UMNO bukan bersama-sama rakan-rakan PR sekalipun Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali menyatakan: PAS masih bersama Pakatan Rakyat!

Jika PAS bersama PR, Khalid telah berdusta dengan Sultan menyatakan beliau mendapat sokongan majoriti ADUN dan hari ini juga sebenarnya Khalid sudah tersungkur.    

No comments:

Post a Comment