اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, August 18, 2014

OM BACA APA YANG TUN MAHATHIR BELASAH NAJIB SAMPAI LUMAT LUNYAI!!!





1. Ada orang yang memberitahu kepada Datuk Seri Najib Razak yang saya memburukkan pemerintahannya.

2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya berkali-kali menegur dasar-dasar kerajaan sekarang.

3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.

4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Dia dikelilingi dengan ramai dattuk-datuk yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa ke atas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.

5. Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadap laut.

6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada datuk-datuknya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.

7. Jawab mereka, “Ya, tuanku. Air tidak akan sampai ke kaki tuanku.”

8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.

9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada datuk-datuknya. Demikianlah sikap datuk-datuk kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.

10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan datuk-datuk istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan raja.

11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata "Ya tuanku".

12. Hanya seorang budak yang berkata, "Tuanku bogel."

13. Maka raja pun murka akan datuk-datuknya yang tidak berkata benar apabila dia bogel.

14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.

15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut di sini:
"Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan". Dengan izin, saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini. "sayangkan pemimpin tegur-tegurkan".

16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.

17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.

18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi Tunku meletak jawatan sebagai perdana menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.

19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk PRU12. Tetapi hakikatnya Abdullah juga letak jawatan.

20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal "bila lagi orang tua ini akan pergi." Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.

21. Pilihan saya bagi mengganti Abdullah ialah Najib. Setelah beberapa lama dilihat dasar dan tindakan Najib tidak lebih berkesan dari Abdullah.

22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam PRU13 lebih buruk dari Abdullah.

23. Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak nampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.

24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.

25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyak kerana pembebasan ketua-ketua geng.

26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat kerajaan negara jiran.

27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.

28. Wang kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa usaha mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan negara.

29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakkan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang dasar kerajaan.

30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih seminggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.

31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

32. Semua ini disebabkan penyokong kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat Tunku, dipulau Abdullah dan difitnah ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya. – chedet.cc, 18 Ogos, 2014.

ULASAN OMAK KAU:-

Ketika UMNO/BN sedang seronok sakan melihat kemulut politik Selangor sehingga mengucarkacirkan Pakatan Rakyat namun yang nampak nak rebah ialah UMNO/BN dengan adanya serangan keras tetapi ikhlas dari Tun Mahathir secara terbuka ini.

Nak tukar MB Selangor akhirnya yang tertukar nanti Najib sebagai PM.

Itulah hikmahnya kemelut politik Selangor .. bila merasakan dirinya dah kuat UMNO akan ambil kesempatan serang pucuk tertinggi partinya. .. cuba ambil kesempatan dengan keributan dalam cawan akhirnya UMNO juga yang meroyan.

No comments:

Post a Comment