اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, August 10, 2014

Setelah dipecat PKR, Khalid pula dijangka memecat 3 EXCO dar PKR dan 3 DAP

 



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat keahlian daripada PKR tidak mungkin tergesa-gesa memohon perkenan Sultan Selangor bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya diadakan pilihan raya negeri.

Beliau masih kekal sebagai menteri besar, itu fakta termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor.

Lagipun, Lembaga Disipin PKR memberikan Khalid tempoh 14 hari untuk merayu keputusan memecatnya yang berkuat kuasa Sabtu.

Jangan lupa, beliau hanya dipecat dari PKR manakala tiada kaitan dengan DAP serta PAS.

Jika DAP dan PAS bersetuju dengan keputusan pimpinan PKR yang sudah hilang kepercayaan terhadap Khalid, kedua-dua parti itu perlu menyatakan secara rasmi dengan perakuan Adun parti masing-masing sama seperti dilakukan Adun-Adun PKR.

Semalam PKR meminta Adun yang mewakili parti membuat akuan sumpah menolak Khalid dan menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar.

Setakat ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abd Samad menegaskan akan merujuk perkembangan terbaru politik negeri itu kepada PAS Pusat.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dalam kenyataannya berkata, parti itu juga kan memutuskan perkara tersebut pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) esok.

Antara cadangan parti itu adalah meminta tiga Adun yang dilantik Exco meletak jawatan kerana tdak lagi mengiktiraf status Khalid sebagai Menteri Besar.

Untuk rekod PAS dan DAP memenangi 15 kerusi manakala PKR 14 termasuk Khalid manakala Barisan Nasional hanya 12 kerusi.

Justeri itu, dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR R. Sivarasa sudah tidak layak menjadi menteri besar kerana hilang kepercayaan majoriti dewan negeri Selangor selepas dipecat PKR kurang tepat.

Jika benar, setakat ini Khalid hanya tidak dapat kepercayaan 13 Adun PKR sedangkan keseluruhan Adun Selangor seramai 56 orang.

PKR perlu mendapatkan perakuan semua Adun DAP dan PAS jika betul-betul mahu Khalid hilang kelayakan dan kepercayaan sebagai menteri besar.

Pilihan lain, DAP dan PAS perlu meminta Adun mereka yang dilantik Exco meletak jawatan sekaligus Khalid hilang sokongan bagi menguruskan kerajaan negeri sekarang.

Selangor mempunyai seramai 10 anggota exco kerajaan negeri dengan empat daripada PAS manakala PKR dan DAP masing-masing tiga orang.

Itu pilihan PKR, DAP dan PAS selain membawa usul undi tidak percaya kepada Khalid di DUN Selangor.

Namun, jangan lupa, Khalid juga ada pilihan dan tentu sedang memegang kad paling besar. Selain berdepan undi tidak percaya di DUN, Khalid boleh mohon perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah membubarkan DUN.

Jika mahu, Khalid juga boleh pecat Exco dari PKR dan DAP terlebih dahulu.

Lagipun, Khalid masih menteri besar, apa salahnya tunjukkan pada PKR dan DAP siapa berkuasa sekarang.

Bagi PKR dan DAP pula, amat memalukan jika tidak minta Exco parti mereka letak jawatan setelah hilang percaya kepada Menteri Besar itu ~ UtaraNews

No comments:

Post a Comment