اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, December 28, 2014

Darurat tidak diistihar bagi membolehkan penduduk terjejas buat tuntutan Insurans kata Najib?.. baca apa kata ejen Insuran ni..


Sebenarnya Najib ini tahu atau tidak apa yang dia cakapkan mengenai bencana alam dan tuntutan Insuran ni.. nampak macam main bedal saja nih!

Kata Najib "Sekiranya kerajaan umumkan darurat, antara implikasi yang akan timbul ialah pihak insurans akan terlepas daripada bayar ganti rugi...dan ganti rugi disebabkan kerosakan harta benda serta kenderaan adalah tinggi.

"Sebab itu kalau kita declare (isytihar darurat), bererti ini termasuk dalam kategori forced measure, dan syarikat insurans tak perlu jelaskan pampasan," katanya lagi, lapor Bernama.


Riuh rendah macai-macai menyerang penyokong  dan pemimpin Pakatan Rakyat bila Najib kata kerosakan akibat bencana alam akan dibayar gantirugi oleh pihak Insuran.. nampak sangat bodohnya mereka itu.

Ini sedikit info mengenai insuran yang perlu kita tahu...

Secara amnya, polisi insurans kereta komprehensif memberikan pampasan bagi musibah seperti kerosakan atau kehilangan kenderaan akibat kemalangan, kebakaran mahupun kecurian.

Akan tetapi, kerosakan akibat banjir atau apa-apa rentetan daripada banjir dianggap sebagai bencana alam dan kerosakan kenderaan akibatnya disenaraikan sebagai risiko yang TIDAK dilindungi oleh polisi insurans kenderaan. Antara kerosakan atau kehilangan akibat banjir yang tidak dilindungi ialah:

-Kerosakan terhadap kenderaan yang ditenggelami banjir
-Kehilangan kenderaan akibat hanyut semasa banjir
-Kebakaran dan letupan kenderaan akibat dimasuki air banjir
-Kemalangan terhadap kenderaan dengan objek yang dihanyutkan air banjir seperti batang pokok

Selain banjir, bencana alam lain yang tidak dilindungi termasuklah:

-Gempa bumi dan situasi rentetan daripadanya seperti ombak besar/tsunami,
-Tanah runtuh (dan rentetannya seperti letupan gas atau kebakaran akibat gangguan elektrik berikutan tanah runtuh),
-Dan ribut petir (dan rentetannya seperti kerosakan akibat kenderaan dipanah petir semasa ribut).

Walau bagaimanapun, pemilik kenderaan boleh membeli perlindungan tambahan terhadap kerosakan atau kehilangan akibat banjir dengan membeli perlindungan tambahan semasa membeli polisi insurans kenderaan mereka.

Perlindungan ini juga terpakai untuk risiko bencana alam yang lain seperti gempa bumi, tanah runtuh dan ribut petir.

Perlindungan tambahan ini dikenakan caj premium tambahan sebanyak 0.5% daripada jumlah yang diinsuranskan. Sebagai contoh, sekiranya kenderaan diinsuranskan sebanyak RM50,000, pemilik kenderaan akan dikenakan premium tambahan sebanyak RM250.

Pemilik kenderaan juga boleh membuat pengiraan anggaran jumlah premium untuk perlindungan tambahan bagi banjir dengan menggunakan kalkulator premium yang terdapat di laman sesawang ini.

Macai-macai dinasihatkan supaya membaca seluruh info mengenai Banjir dan Insuran di ( SINI ) supaya tidak terus diperbodohkan oleh Najib

Mengenai perlindungan tambahan bagi membolehkan kenderaan dilindungi akibat bencana alam pula.. berapa kerat rakyat Malaysia yang memilikinya?

Baca apa kata Ejen Insuran ni..

Saya banyak menerima soalan yang berkaitan isu darurat yang dikatakan tidak dapat diisytiharkan supaya mangsa-mangsa banjir dapat membuat tuntutan insurans.

Katanya, jika darurat diisytiharkan maka syarikat insurans berhak menolak tuntutan yg dibuat.

Ini pandangan saya:

+ Betul, memang dalam banyak polisi insurans seperti insurans kenderaan, insurans perniagaan, insurans bangunan, insurans kemalangan meletakkan darurat sebagai salah satu situasi yang dikecualikan untuk dibuat tuntutan.

+ Tapi dalam masa sama, berdasarkan pengalaman saya sebenarnya majoriti pelanggan sangat jarang mengambil coverage tambahan bencana banjir yang membolehkan mereka membuat tuntutan jika kerosakan akibat banjir. Jadi, sama ada isytihar darurat atau pun tidak, majoriti besar pengguna memang tidak dapat membuat tuntutan kerana tidak mengambil insurans yang cover banjir.

+ Banjir sudah masuk hari ke-5 dan sekiranya darurat diisytiharkan hari ini 27/12/2014, mangsa-mangsa banjir masih boleh membuat tuntutan sebab kerosakan berlaku SEBELUM darurat diisytiharkan. Jadi, syarikat insurans / takaful dan ejen serta staff boleh memberi pengetahuan (educate) kpd pelanggan supaya meletakkan tarikh berlaku kerosakan SEBELUM tarikh darurat diisytiharkan.

+ Situasi sekarang sangat genting memandangkan majoriti yang terlibat dari kalangan orang-orang kampung, orang-orang miskin, rakyat marhaen yang melibatkan nyawa. Jadi menjadikan alasan insurans sebagai penghalang darurat diisytiharkan bukanlah tindakan terbaik kerana nyawa majoriti rakyat lebih penting berbanding kerosakan bangunan / kenderaan utk claim insurans.

+ Statistik menunjukkan kadar penembusan insurans takaful hanya sekitar 15% sahaja di kalangan rakyat bumiputera. Dan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu Bumiputera. Maka alasan "insurans tak boleh claim kalau darurat" hanya menjaga kepentingan minoriti berbanding kepentingan majoriti rakyat yang langsung tidak memiliki insurans. Apatah lagi insurans melibatkan coverage banjir.

+ Situasi-situasi di atas hanya melibatkan claim yg berkaitan insurans / takaful am seperti kenderaan, bangunan, isi rumah dan sebagainya. Manakala jika insurans hayat atau takaful keluarga, pemegang polisi tetap boleh claim sekiranya berlaku musibah.

KESIMPULAN: Menggunakan alasan "insurans tidak boleh claim kalau isytihar darurat", bukanlah alasan yang kukuh utk tidak mengisytiharkan darurat.

Afyan Mat Rawi, IFP. 27/12/2014

Disclaimer: Saya bukan pakar insurans. Saya hanya ejen takaful cabuk yg baru 11 tahun dalam bidang perkhidmatan Insurans ini..

 

3 comments:

  1. kemahiran Najib hanya mencari alasan....kali ini ia terperangkap kerana kebodohannya...

    ReplyDelete
  2. Bukan kali ni aje Bang Mansor, banyak kali dah...

    ReplyDelete