اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, May 27, 2014

Berita Harian kantoi ‘potong kepala’ gambar P'jaya PAS


HARAKAHDAILY




KUALA LUMPUR: Akhbar Berita Harian tidak mengamalkan amalan kewartawanan beretika dan profesional apabila menggunakan gambar Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang dipotong di bahagian kepala dalam laporan bertajuk ‘Kerajaan Bantu Lima Beradik’ yang disiarkan, semalam.

Selangor Kini melaporkan, Razman yang turut menyedari gambar beliau digunakan akhbar itu, mengesahkan gambar beliau itu diambil sehari selepas hari ibu dan bapa lima kanak-kanak yang terlibat dalam satu kemalangan maut dikebumikan baru-baru ini.

Tambahnya, sebenarnya gambar itu diambil sehari selepas hari pengkebumian arwah ibu dan bapa mereka.

"Ketika itu kami menziarahi anak-anak arwah untuk menghulurkan sumbangan.

“Memang dah rutin kami menziarahi mana-mana pihak yang ditimpa malang seperti kejadian ribut yang merosakkan 12 rumah di Ipoh Timur baru-baru ini dan mana-mana kejadian malang seumpama yang menimpa anak-anak ini.

“Pada kami dah jadi kebiasaan akhbar arus perdana tidak sesekali memberi ruang kepada kami tetapi gambar kami pula digunakan.

Apalah salahnya kalau siarkan gambar penuh sekalipun, bukan orang kenal saya pun,” kata Razman ketika dihubungi Selangor Kini.

Razman memberitahu, selain beliau turut sama dalam lawatan tersebut, Ketua Cawangan PAS Kampung Changkat Sulaiman, wakil Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Perak dan beberapa yang lain.

Ibu bapa kanak-kanak malang itu, Jefri Mohd Zain, 46 dan Noorsalawati Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

No comments:

Post a Comment