اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, May 27, 2014

Identiti Pegawai Kerajaan Yang Akan Dicekup Didedahkan?

 


Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN), mengantung tugas Pengarah Imigresen Negeri Sembilan dan pegawainya, atau diarah bercuti sehingga satu siasatan lengkap dijalankan.
Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah berkata ini ialah untuk mengelakkan gangguan siasatan oleh pihak polis dan KDN.
Dalam sidang media sebentar tadi, Mohd Ridzuan berkata satu laporan polis di buat pada hari Sabtu, 24 Mei; berkenaan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Bahagian Kawalan, Datuk Sakib Kusmi dalam media (Harian Metro/Sinar Harian), bertarikh 23 Mei 2014.
“Hasil operasi bersepadu Imigresen Ibu Pejabat Pusat dan agensi kerajaan pada 22 Mei 2014, jam 12.00 tengahari hingga 05.00 petang, di Nilai 3; seramai 151 warga asing ditahan di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39 (B) Peraturan Imigresen.
“Ini membuktikan apa yang dilapor oleh Ikhlas semenjak tahun 2013 terbukti benar. Ikhlas meminta pihak KDN dan polis menjalankan siasatan rapi bagaimana Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ini boleh lolos dan berada di Nilai 3.
“Ini belum dijalankan operasi seluruh Negeri Sembilan. Siapakah dalang di sebalik kejadian ini?
“Ikhlas juga meminta pihak polis melindungi atau memantau semua Ahli Jawatankuasa Ikhlas Pusat, dari disabotaj atau diancam oleh mana-mana pihak rentetan laporan polis yang dibuat ini.
“Saya minta pihak polis jalankan siasatan berkenaan kes ini serta memantau jika agensi lain bersubahat sama, kerana ini kepentingan serta keselamatan negara dan rakyat.
“Tujuan laporan polis di buat untuk tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi; Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim dan Tan Sri Abdul Gani Patail serta untuk rujukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” jelas Mohd Ridzuan. ~fmt

No comments:

Post a Comment