اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, July 4, 2014

Nora Danish Dikecam Seolah Bersekedudukan Dengan Nedim

 

 

LAMAN sosial, Instagram (IG) aktres cantik ini melebihi sejuta pengikut, malah dia juga tersenarai antara artis paling berpengaruh di laman berkenaan.

Sepanjang  Ramadan ini, Nora Danish tampil berkongsi beberapa aktivitinya bersama peminat di laman itu.

Bukan sahaja mengenai kerja seninya, malah aktiviti harian seperti ibadah terawih dan penyediaan juadah berbuka puasa juga turut dikongsi bersama peminat.

Dalam keghairahan memuat naik foto-fotonya, satu foto bersama kekasihnya, Nadeem, yang berada di dapur ketika memasak bersama mengundang rasa tidak senang dalam kalangan pengikutnya.

Menerusi foto itu, ramai yang menganggap bahawa mereka seakan tinggal bersama dan tidak menghormati bulan yang mulia ini.

Walaupun ada dalam kalangan pengikut 'haters' ini menghentam tindakan pasangan itu, namun ada juga yang tampil mendoakan hubungan mereka.

Pun begitu, pelakon filem, Pengantin Malam, ini tidak mudah melatah dan hanya membiarkan segala komen-komen pengikutnya itu tanpa mencelah.

Malah, sebelum ini, Nora pernah menegaskan bahawa dia tidak akan mengambil pusing mengenai perkara yang remeh sebegini.

Akui Nora, sebagai selebriti, dia sudah lali dengan kontroversi dan segala tohmahan orang terhadap dirinya.

Bloglist Malaysia



No comments:

Post a Comment