Selepas serbuan kontroversi pengantin perempuan di kuil Hindu, Petaling
Jaya bulan lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekali lagi
dikecam kali ini kerana menahan empat individu yang didakwa melakukakan
kesalahan khalwat.
Mangsa, Hanisha Abdul Rahman, 29, mendakwa ditahan dua penguatkuasa Jais
pada 22 Jun lalu bersama pemandu, Muhammad Mukamil Nordin dan dua
pekerjanya ketika mereka sedang sibuk berkemas untuk berpindah rumah.
Hanisha yang merupakan pemilik di butik kecantikan berkata, ketika
kejadian Mukamil berada di luar rumah dan wanita itu bersama dua
kakitangannya juga merupakan teman serumah berada dalam rumah di Salak
Tinggi, Selangor.
Saya terkejut kerana ditahan begitu saja tanpa diberitahu alasan kukuh,
mereka datang terus kata yang kami ditahan kerana khalwat," katanya
pada sidang media, Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Ibu tunggal itu berkata, dua penguatkuasa Jais berkenaan memberitahu
hanya memantau selama 5 minit sebelum mereka datang membuat penahanan."
Pada mulanya saya tanya berapa lama kamu pantau kami, pegawai Jais itu
berkata sudah lama namun apabila saya tanya lagi di balai polis
kemudian, mereka kata hanya lima minit," kata Hanisha.
Ini bukan kali pertama Jais dikaitkan dengan insiden serbuan apabila
pada 1 Jun lalu jabatan agama itu turut mendapat kritikan orang ramai
kerana menyerbu pengantin perempuan Zarinah Abdul Majid kerana
kekeliruan status agamanya. ~tmi
No comments:
Post a Comment