AMPANG : Penyanyi rock terkenal, Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah
Majistret di sini, hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah
terhadap isterinya, Rozana Misbun di Ukay Perdana, Hulu Kelang, di
sini, 2 Jun lalu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, membuat pengakuan itu
selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.
Vokalis kumpulan Wings itu yang memakai jaket hitam hadir ke mahkamah
dengan jaminan polis ditemani beberapa rakannya, termasuk ahli kumpulan
rock terbabit, Joe dan Eddy.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap
Rozana, 36, hingga menyebabkan wanita terbabit cedera, jam 1.30 petang
pada 2 Jun lalu di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, UK Perdana, Hulu
Kelang, di sini.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan
yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun penjara dan
denda, jika disabit kesalahan. ~hmetro
No comments:
Post a Comment