اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, January 30, 2015

Asas-asas pemikiran anti-Islam


  ArtikelOleh MUHAMMAD ATIULLAH OTHMAN 

DEWASA ini, terdapat kesamaran mengenai menerima Islam sepenuhnya atau menerima Islam dengan cara selektif. Walaupun terdapat arahan-arahan nas secara qat’i dan jelas mengarah semua orang-orang Islam agar menerima Islam sepenuhnya, tetap ada beberapa Muslim masih menidakkan penerimaan Islam sepenuhnya.
Banyak teori-teori dikemukakan atas dasar menerima nilai-nilai Barat seperti sekularisme, liberalisme, hak asasi manusia, hermeneutik, demokrasi dan pluralisme. Antara teori yang dikemukakan adalah pasca-Islamisme yang menerima semua nilai-nilai Barat di atas.


Sebelum teori pasca-Islamisme yang memberi tawaran nilainilai Barat ini dikemukakan, telah wujud teori-teori seumpamanya dikemukakan. Antaranya Jaringan Islam Liberal mengemukakan Islam Liberal dan Islam Progresif.
Kandungannya adalah serupa dan banyak kesamaan. Gerakan sekular di tanah Arab yang berlaku pada awal kurun ke- 20 turut mempunyai kandungan yang hampir sama dengan pasca-Islamisme.

Pola yang hampir serupa ini mengingatkan kita wacana-wacana yang dikemukakan oleh para orientalis Barat yang bertujuan menyerang disiplin ilmu agama Islam.
Saya begitu teruja dengan tulisan Izwan Abdul Halim yang turut mengaitkan pasca- Islamisme dengan sekularisme dan teori Islamisasi Ilmu.
Tampak ada kesamaan dengan membandingkan sebegini:

1. Teori Islamisasi Ilmu membawa makna mengislamkan sekular.
2. Teori Pasca-Islamisme pula bermakna mensekularkan Islam.

Persamaannya adalah menerima dua pegangan dalam satu masa iaitu Islam dan sekular. Islamisasi ilmu adalah pendekatan yg cuba mengislamkan pemikiran sekular Barat melalui pengislaman sumber rujukan mereka iaitu sains sosial. Ia menyimpang dari pendekatan asal pencetusnya iaitu Naquib al-Attas yang memfokuskan kepada pengislaman alam ilmu dan fikiran sekular melalui pengislaman bahasa.

Islamisasi ilmu berpunca dengan persidangan pendidikan Islam di Makkah pada tahun 1977.
Ketika itu, Naquib al-Attas, Ismail Faruqi, Pak Natsir, Syed Hassan Ali an-Nadwi turut hadir. Namun, Ismail Faruqi menonjolkan pendekatan yang berbeza dengan gagasan asal dan berbeza dengan gagasan Naquib al-Attas.

Ismail al-Faruqi dan organisasinya gagal mencapai tujuannya kerana mereka masih menerima epistemologi dan metodologi sekular sains sosial walaupun cuba menolak doktrin dan teori-teori sekularnya.

Akhirnya usaha mereka sekadar menjadi solekan Islamik sahaja bagi sains sosial. Lebih buruk lagi bila mereka terjebak dalam usaha menggunakan metodologi sains sosial untuk dijadikan sebagai sumber dan pendekatan hukum syariat.
Kesemua ini berkaitan dengan epistemologi dalam Islam. Mereka celaru dengan pembahagian ilmu kepada ilmu Islam dan ilmu sekular.

Bagi mereka, Islam dan sekular sangat perlu. Justeru, dengan menerima Islam dan sekular menjadikan konsep Islamisasi Ismail al-Faruqi sebagai asas post-Islamisme yang dikembangkan Barat.

Antaranya adalah usul negara tanpa syariat dan pelaksanaan Islam tanpa negara. Islamisasi ini bersifat juzuk, bukan Islam menyeluruh.
Jikalau begitu, apakah epistemologi dalam Islam?
Adakah mesti memfokuskan al- Quran dan hadis sebagai sumber epistemologi?
Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu mengkaji cara pemikiran mazhab-mazhab dalam Islam. Antara pendekatanpendekatan ulama terdahulu
terhadap ilmu adalah:

1. Berteraskan syarak, dan akal adalah susulan. Kaedah ini adalah kaedah diguna pakai oleh al-Salafiyyah.
2. Syarak dan akal bersamasama menjadi teras tetapi meletakkan ketinggian nas. Ini kaedah diguna pakai oleh ulama Kalam seperti al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah.
3. Akal adalah teras, dan syarak adalah susulan. Kaedah ini merupakan kaedah diguna pakai oleh Muktazilah.
Oleh kerana itu, ilmu dalam Islam adalah syarak dan akal.
Kedua-duanya adalah Islam.
Persoalannya, di manakah Islamisasi ilmu? Islamisasi ilmu bagaikan menamakan:
1. Ilmu yang sudah diislamkan adalah Islam.
2. Ilmu belum diislamkan adalah sekular.

Islamisasi ilmu bagaikan meletakkan sekular merupakan akal, dan akal bukanlah Islam. Pendekatan konsep sekular sebegini merupakan pengkhianatan dalam epistimologi Islam yang seakanakan Islam tidak menerima akal. Padahal, Islam menerima akal dan menolak sekular yang memisahkan agama dari kehidupan.

Perlu diingatkan, epistemologi perlulah jelas. Cara hendak memahami epistemologi dalam Islam perlu kepada kefahaman mendalam dalam tiga perkara berikut:

1. Usul Quran, usul hadis, usul fekah.
2. Faham kaedah pemikiran
3. Hasil-hasil pencapaian pemikiran manusia.

Dengan memahami tiga perkara di atas, ulama meringkaskan kepada ilmu nas dan ilmu akal dengan membahagikan kepada empat jenis ilmu iaitu:

1. Ilmu nas yang qat’iyyat
2. Ilmu nas yang zanniyyat
3. Ilmu akal yang dharuriyyat
4. Ilmu akal yang zanniyyat.

Kesemuanya adalah ilmu yang diiktiraf Islam. Bukan menjadikan Islamisasi ilmu sebagai langkah menerima sekular yang akhirnya Islam yang bersulamkan sekular atau sekular bersulamkan Islam tampak gagal kerana bentuknya hanyalah kosmetik. Kosmetik inilah dijelmakan dalam gerakan sekularisme, gerakan Islam Liberal dan kini gerakan pasca- Islamisme.

>> Dr Muhammad Atiullah Othman ialah pengarah Akademi al-Ghazali, sebuah kumpulan pengkaji pemikiran Islam.

Sumber : Detikdaily.

No comments:

Post a Comment