اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, January 13, 2015

KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA: MAHKAMAH RAYUAN TERSILAP


Mahkamah Persekutuan jatuhkan hukuman mati kepada pembunuh Altantuya


Pasukan pendakwaan Tun Abdul Majid Tun Hamzah (kanan) dan Manoj Kurup meninggalkan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, Kuala Lumpur hari ini. 

Dua bekas komando polis dijatuhkan hukuman mati hari ini selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pendakwa terhadap pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar berkata, pihak pendakwa berjaya membuktikan kes Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azahar Umar dengan dakwaan yang membawa hukuman maut itu.

"Mahkamah Rayuan tersilap dalam mengenepikan keputusan mahkamah sebelum ini dan membebaskan mereka," kata Suriyadi yang merupakan salah seorang daripada panel lima hakim.

Pada 23 Ogos, 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul serta membebaskan mereka.

Azilah tidak menunjukkan apa-apa perasaan semasa keputusan dibacakan sementara Sirul tidak hadir ke mahkamah hari ini.

Pasukan pendakwaan yang diketuai Tun Abdul Majid Tun Hamzah memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap dan permohonan itu diterima.

Empat tahun sebelum itu, hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaki Mohd Yassin mendapati mereka berdua bersalah dan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka.

Bukti dalam mahkamah mendedahkan yang penterjemah Mongolia itu sama ada dibunuh dengan peledak C4 ataupun dibunuh terlebih dahulu sebelum diledakkan pada 18 Oktober, 2006, di pinggiran luar Shah Alam berdekatan dengan Kuala Lumpur.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, seorang penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul, tetapi dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa memanggil mereka untuk membela diri.

Bagaimanapun, pihak pendakwa tidak membuat rayuan terhadap keputusan itu.

Motif pembunuhan Altantuya masih misteri walaupun dengan sabit kesalahan tersebut.

Dalam respons segera Tun Majid yang menjalankan kes dari Mahkamah Persekutuan, beliau berkata lega perkara ini sudah selesai dan kerja kerasnya membuahkan hasil.

Peguam bela Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul berkata, kali terakhir beliau menghubungi kliennya ialah seminggu selepas keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Jun tahun lepas.

"Kami tidak dapat menghubunginya untuk memberitahu keputusan mahkamah kerana kita tidak mempunyai nombor telefon bimbitnya yang terbaru," katanya.

Satu-satunya pilihan yang ada kini adalah untuk bekas polis itu merayu kepada Sultan Selangor supaya merendahkan hukuman mati mereka kepada penjara.

Turut hadir di perbicaraan tersebut ialah wakil kerajaan Mongolia Reynolds Augustine.

Suriyadi berkata bukti alibi Azilah yang mengatakan dia tidak berada di tempat kejadian adalah "non-starter" kerana bukti tersebut hanya berasaskan penafian.

Beliau berkata, kenyataan bersumpah Sirul dari kandang mahkamah ditolak sepenuhnya, meninggalkannya tanpa pembelaan.

Suriyadi berkata Azilah banyak bergantung kepada tulisan diari stesen polis Bukit Aman yang mengatakan dia tidak berada di Puncak Alam, di mana tempat kejadian berlaku di Shah Alam.

Beliau berkata penulis diari tersebut tidak digunakan untuk mengesahkan kebenaran dan sekiranya tidak dibuktikan, ia kekal cakap-cakap sahaja.

"Dengan hanya notis alibi dan dokumen yang tidak disahkan untuk bergantung, berbanding dengan kes padat pihak pendakwa, yang kes ini dibuktikan prima facie juga mengejutkan."~fmt

No comments:

Post a Comment