PETALING JAYA: PAS menuntut Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu
 Bakar memperjelaskan kepada umum berkenaan surat sokongan membela ‘raja
 judi’, Paul Phua Wei-Seng.
 Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata 
semestinya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai rekod dan berhubung 
dengan FBI berkenaan Paul Phua. Slogan PDRM iaitu “Tegas, Adil dan 
Berhemah” perlulah dizahirkan pada setiap masa tanpa memilih bulu dan 
tunduk kepada tekanan mana-mana pihak.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata 
semestinya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai rekod dan berhubung 
dengan FBI berkenaan Paul Phua. Slogan PDRM iaitu “Tegas, Adil dan 
Berhemah” perlulah dizahirkan pada setiap masa tanpa memilih bulu dan 
tunduk kepada tekanan mana-mana pihak.
Mahfuz juga mendesak pihak kerajaan memberikan penjelasan berkenaan isu 
surat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro 
Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang telah ditarik balik daripada satu 
perbicaraan di Mahkamah Daerah Nevada selepas Putrajaya membantah ia digunakan untuk pembelaan kes Paul Phua Wen Seng.
Rahsia Menteri Kanan Najib Terbongkar
“Sungguh menghairankan apabila melihat kesungguhan dan keberanian seorang menteri kabinet menghantar surat kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano
 pada 18 Disember 2014 dengan memberi jaminan bahawa Paul Phua Wen Seng 
bukanlah anggota kongsi gelap 14K Triad bahkan mendakwa Phua telah 
membantu Malaysia dalam perkara-perkara “keselamatan negara” dan 
berharap Phua dapat pulang ke Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, tindakan Zahid itu tidak pula direstui dan malah dibantah oleh Putrajaya.
Sehubungan itu, pihak kerajaan perlulah telus dan berani memperjelaskan 
isu ini kepada masyarakat umum kerana ia melibatkan bukan sahaja 
integriti seorang menteri tetapi seluruh kabinet pimpinan Perdana 
Menteri Datuk Seri Najib Razak Tun Razak.
“Pasti timbul kerisauan pada umum seolah-olah kerajaan bersekongkol 
untuk melindungi bukan sahaja ‘raja judi’ tetapi anggota kongsi gelap 
14K yang berkait dengan dadah,” ujarnya. ~free malaysia today
Polis Sendiri Tak Tahu Kandungan Surat Zahid
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berunding dengan pihak polis sebelum menghantar surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS) berhubung isu Paul Phua, yang didakwa seorang 'raja judi'.Menurut sumber polis, malah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri tidak tahu menahu berhubung perkara itu.“Tiada sesiapa pun dalam polis tahu berhubung surat itu atau kandungannya.“Kami hanya difahamkan kewujudannya selepas perkara itu didedahkan oleh media,” kata sumber kepada Malaysiakini.Sumber itu juga menafikan bahawa pasukan itu membuat kesilapan seperti didakwa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini.Sementara itu, Khalid ketika dihubungi enggan mengulas berhubung perkara itu dan berkata soalan itu sepatutnya diajukan kepada pihak menteri.
 
 
No comments:
Post a Comment