اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, February 8, 2015

Di sebalik dakwaan rasis, kerusi naib presiden UMNO menunggu Ismail Sabri


Oleh Shahbudin Husin.
 
Hanya kerana status tulisan di laman sosial Facebook berkaitan penurunan harga barang yang kemudian dianggap rasis oleh sesetengah pihak, nama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus melonjak dengan pantas dalam UMNO.
Memegang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, satu kerusi yang selama ini dianggap "kurang ong" kerana ramai yang pernah memegang jawatan itu akhirnya terkandas di tengah pendakian hireaki parti,  Ismail Sabri seperti sedang membuktikan sebaliknya.


Tan Sri Sanusi Junid dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara pemimpin UMNO yang cemerlang tetapi akhirnya tidak sampai ke puncak pendakian dalam UMNO. Ramai yang percaya ianya kerana kedua-duanya pernah menjadi Menteri Pertanian suatu ketika dahulu.
Datuk Seri Najib dan Tun Abdullah Badawi pula dipercayai berjaya menjadi Perdana Menteri kerana tidak pernah menjadi Menteri Pertanian. Tun Mahathir Mohamad juga dikatakan berjaya menjadi Perdana Menteri kerana turut tidak pernah menjadi Menteri Pertanian.


Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak berjaya menjadi Perdana Menteri, maka hampir sahlah bahawa kerusi Menteri Pertanian bukanlah loncatan yang baik untuk mana-mana pemimpin UMNO yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri. Tan Sri Muhyiddin pernah menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Tetapi Datuk Seri Ismail Sabri berjaya melonjakkan namanya melalui jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang disandangnya ketika ini. Melalui status tulisan di Facebook yang kemudian dianggap rasis, berhadapan kemungkinan saman oleh  pemimpin DAP Perak, didesak menarik balik kenyataannya serta diminta meletakkan jawatan oleh sesetengah pihak, Datuk Seri Ismail sebaliknya telah dianggap sebagai "hero baru" dalam UMNO.

Pandangannya mengenai penurunan harga barang dianggap tindakan yang berani dan mencerminkan watak sebenar seseorang yang mahu berjuang dalam UMNO. Lantaran itu, ketika beliau diasak atas kenyataannya yang dianggap bersifat perkauman dan tidak mencerminkan jiwa Malaysia, seramai 92 Ketua UMNO Bahagian menyatakan sokongan terbuka terhadapnya.

Berikutan sokongan 92 Ketua Bahagian itu juga menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut bersama dan sekata dengan beliau dengan turut mendesak peniaga agar bersikap lebih adil terhadap pengguna berikutan penurunan harga minyak ketika ini.

Cumanya, berbanding Datuk Seri Ismail Sabri yang secara jelas meminta orang Melayu sebagai kelompok pengguna terbesar memulaukan peniaga yang majoritinya kaum Cina, Perdana Menteri pula agak berlapik dengan menyebut peniaga tanpa mengira kaum dan tidak berani menyebut peniaga Cina secara khusus.

Sama ada kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri itu bersifat perkauman atau sebaliknya, ia masih boleh diperdebatkan lagi. Namun dalam konteks perjuangan UMNO dan kemahuan majoriti ahlinya, pandangan  Datuk Seri Ismail Sabri itu amat digemari oleh penyokong akar umbi dan mudah sekali memikat sokongan.

Sebab itu, tidak sahaja 92 Ketua Bahagian berdiri teguh bersamanya, lontaran suara pro UMNO di media-media sosial juga amat galak menyokong apa yang disuarakan oleh Datuk Seri Ismail Sabri itu. Malah berdepan kecaman, serangan dan ugutan sekali pun, hakikatnya Datuk Seri Ismail Sabri sedang menjadi perhatian dan sebutan dalam UMNO ketika ini.

Lantaran namanya yang kian mengharum dalam lingkungan UMNO ketika ini, beberapa pemimpin kanan UMNO juga turut bersuara senada dengannya. Selain Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri itu harus disokong pengguna tanpa mengira kaum, Datuk Hishammuddin juga menyatakan apa yang disuarakan itu cukup penting dan realist dalam usaha mendesak penurunan harga barang ketika ini.

Datuk Hishammuddin juga turut menyebut bahawa Datuk Seri Ismail Sabri adalah rakan lamanya sejak zaman Pemuda UMNO lagi.
Terbaru pada 6 Februari lalu pula, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin  melalui Akademi Kepimpinan Kapten Hussein atau AKHI turut menjemput Datuk Seri Ismail Sabri berforum sepentas dengannya di bawah tajuk "Keuntungan Orang Tengah - Sahih atau Sabotaj?"
Selain nama Datuk Seri Ismail Sabri yang sedang menjadi sebutan ramai dalam UMNO ingin ditumpangi, yang lebih ditakuti sebenarnya ialah 92 Ketua Bahagian yang ketika ini secara terbuka bersama dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

Dengan UMNO mempunyai seramai 191 Ketua Bahagian, sokongan terbuka 92 daripadanya yang diterima oleh Datuk Seri Ismail Sabri dalam isu penurunan harga barang ini, bermakna hampir separuh daripada UMNO sudah berdiri bersama dengannya.
Datuk Seri Ismail Sabri yang disebut-sebut akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti tahun depan, berdasarkan situasi ini pasti dapat merasakan laluan selesa bagaikan sudah terbentang untuknya. 

Tidak kira sama ada ketiga-tiga penyandang sekarang iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin dan Datuk Seri Shafie Apdal, tetap mempertahankan jawatan atau ada antaranya ingin mencari tempat lebih tinggi lagi, satu daripada kerusi Naib Presiden UMNO bagaikan sudah "ditempah" oleh Datuk Seri Ismail Sabri bersama 92 Ketua Bahagian yang sudah sedia bersama dengannya.

Juga, tidak kira sama ada perjuangan menurunkan harga barang ini berhasil atau sebaliknya dan apakah  92 Ketua Bahagian ini benar-benar mempraktikkan desakan itu di kawasan masing-masing atau sama ada tindakan ini bakal mengurangkan lagi sokongan pengundi bukan Melayu terhadapnya, yang nyata Datuk Seri Ismail Sabri sudah ada tempatnya sendiri dalam UMNO ketika ini.
Cuma yang menjadi persoalan, berjayakah beliau  mengekalkan momentumnya sehingga pemilihan UMNO tahun depan?

 Sumber : Detikdaily.

Posted on Sunday, February 08 @ 12:01:01 MYT by paktam

1 comment:

  1. Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















    Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

    ReplyDelete