اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, February 15, 2015

SEMENJAK BN PERINTAH KEDAH SEMUA CAJ-CAJ PERNIAGAAN DI PBT SEMAKIN TURUN...NIE HANGPA TAKMAU PUJI KE?

Hasil carian imej untuk LESEN IKLAN MBAS

Datuk Bandar Alor Setar Diminta Beri Laporan Penuh Kenaikan Kadar Lesen




Kerajaan negeri Kedah akan meminta laporan penuh daripada Datuk Bandar Alor Setar Datuk Mat Noh Ahmad berhubung keputusan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menaikkan kadar lesen penjaja statik dan beberapa caj perniagaan di negeri ini.


Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Badrol Hisham Hashim berkata pihaknya tidak pernah dimaklumkan mengenai kenaikan kadar baharu itu oleh MBAS.

"Apa juga keputusan oleh Datuk Bandar mestilah mendapat keputusan konsensus daripada mesyuarat penuh pihak berkuasa tempatan. Jika didapati Datuk Bandar membuat keputusan tanpa dimasukkan dalam mesyuarat penuh, ini kita kena perbetulkan," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran gotong royong sempena Tahun Baharu Cina di sini, hari ini, Badrol Hisham berkata setiap keputusan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan mestilah secara kolektif.

Baru-baru ini, anggota Unit Pembangunan Penjaja MBAS Mohd Kholib Hamid meminta supaya dipertimbangkan semula kadar baharu lesen penjaja statik kerana ia membebankan peniaga.

Selepas itu, seorang lagi anggota MBAS Datuk Ir Muhd Guntor Mansor Tobeng meminta MBAS mengkaji semula kadar kenaikan baharu lesen iklan yang didakwa terlalu mendadak sehingga tiga kali ganda lebih mahal.


Badrol Hisham turut menasihatkan Mat Noh dan anggota majlis MBAS supaya berbincang mengikut saluran betul bagi memastikan tiada percanggahan pendapat berhubung perkara itu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya akan mempergiat usaha pemeliharaan bangunan warisan di kawasan Pekan Cina dan Pekan Melayu di bandar raya ini.

"Kita cadang mana-mana bangunan ada unsur warisan, kita kekalkan sebagai rangsangan kepada pelancong untuk hadir," katanya.  - BERNAMA

Peniaga medan selera tersepit


Sebahagian peniaga medan selera menunjukkan slip pembayaran dilakukan mereka.

ALOR SETAR - Peniaga medan selera sekitar bandaraya Alor Setar mendakwa tersepit akibat kenaikan kadar lesen statik Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tahun ini.

Peniaga Medan Selera Pasar Besar Alor Setar, Amran Abu, 49, berkata, dia mendapati kadar lesen penjaja statik meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu.

“Ketika ingin membuat bayaran lesen statik, saya terkejut apabila kerani memaklumkan saya perlu membayar RM112 untuk kadar lesen itu.

“Sebelum ini, saya hanya membayar RM48 untuk lesen berkenaan selama tujuh tahun sejak 2008,” katanya.

Menurutnya, sebilangan peniaga berkemungkinan terpaksa menaikkan harga makanan ataupun minuman dijual mereka kerana kenaikan kadar lesen itu.

“Saya tidak akan menaikkan harga kerana memikirkan keadaan pelanggan. Namun, kami seolah-olah tersepit kerana kenaikan kadar lesen dilihat membebankan kami,” katanya.

Menurut Mohd Zul Saad, 45, kadar lesen RM240 dikenakan ke atasnya dilihat terlalu tinggi, sedangkan dia membayar RM120 tahun lalu.

Katanya, dia tidak mampu membayar seperti diminta untuk lesen berkenaan memandangkan perlu memperuntukkan sejumlah wang bagi membayar sewa bulanan tapak kedai.

Menurutnya, mereka sanggup menerima kenaikan kadar lesen statik, bagaimanapun ia perlulah mengikut kadar kemampuan peniaga.

Oleh demikian, katanya, dia mengharapkan pihak berkaitan mengkaji semula kadar lesen statik kerana ia dilihat terlalu mendadak bagi mereka.

Manakala, Yasmin Md Yusoff, 44, yang menjalankan perniagaan makanan di Medan Selera Alor Merah, di sini, mendakwa terpinga-pinga menerima berita harga lesen meningkat.

Katanya, dia tidak menyangka kadar lesen statik berubah kerana mendakwa tidak menerima sebarang maklumat mengenai perkara tersebut.

"Peniaga pastinya lebih bersedia jika menerima maklumat mengenai kenaikan berbanding mengetahuinya secara mengejut dari rakan peniaga sebegini," katanya. ~SH

No comments:

Post a Comment