اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, February 15, 2015

Tanah rizab Melayu hanya 11.99 peratus


Oleh AZIZ MUDA 

SAMA ada disedari atau tidak oleh orang-orang Melayu, dari sehari ke sehari, tanah rizab Melayu telah semakin banyak berkurangan.Malah sehingga kini, tanah rizab Melayu hanya tinggal sebanyak 1,578,263.91 hektar iaitu 11.99 peratus sahaja di seluruh negara.
Pada hal, ketika Raja-Raja Melayu menandatangani kewujudan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957, pengisytiharan telah dibuat bahawa tanah simpanan orang Melayu perlu dikekalkan dengan nisbah 50 peratus, manakala selebihnya boleh diagihkan bersama kaum lain.


Namun sekarang, di mana baki 38.9 peratus membabitkan 700,347.27 hektar tanah rizab Melayu itu? Sedangkan pada tahun 1931, tanah rizab Melayu berjumlah 3,149,225 hektar di seluruh negara. Tanah rizab Melayu sebenarnya telah diwartakan melalui sebuah perundangan yang diwartakan menerusi Enakmen Rizab Melayu 1913 yang dikuatkuasakan di negeri-negeri bagi menjamin pemilikan tanah untuk kaum Melayu di Semenanjung Malaysia.

Di peringkat pusat pula terdapat Akta Kanun Tanah Negara yang juga turut berperanan bagi menjaga tanah rizab Melayu dan kampung-kampung tradisi Melayu di seluruh negara.
Di bawah perkara 89 (2), mana-mana tanah di bawah persekutuan dan negeri boleh mewartakan tanah milik kerajaan sebagai tanah rizab Melayu tanpa mengambil kira kepentingan kaumkaum lain sebagaimana termaktub dalam artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan telah menyebut tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlulah digantikan dengan kawasan sama sifat dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan.

Undang-undang Tanah Rizab Melayu mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 dikuatkuasakan di negerinegeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Enakmen Rizab Melayu 1913 telah dimansuhkan mulai daripada 15 Disember 1933 dan digantikan dengan Enakmen Rizab Melayu 1933. Pada tahun 1935, Enakmen Rizab Melayu 1933 telah disemak dan diterbitkan semula sebagai Enakmen Rizab Melayu (NMB Bab 142) dan digunakan hingga ke hari ini.

Negeri-negeri lain kemudiannya turut mewujudkan Enakmen Rizab Melayu masingmasing iaitu Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930, Enakmen Rizab Melayu Kedah 1931, Enakmen Rizab Melayu Perlis 1935, Enakmen Rizab Melayu Johor 1936 dan Enakmen Rizab Melayu Terengganu 1941.

British tidak mengadakan apa-apa Enakmen Rizab Melayu di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Di Pulau Pinang hanya mempunyai Tanah Rizab Persekutuan iaitu tanah yang boleh digunakan oleh jabatanjabatan tertentu di bawah kerajaan persekutuan.
Di Melaka, walaupun tidak terdapat Enakmen Rizab Melayu, tetapi terdapat Tanah Adat Melaka (MCL) di bawah Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) (Akta 518) 1963 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1966.

Berdasarkan undangundang yang ada, tanah rizab Melayu tidak seharusnya berkurangan kerana mereka yang terbabit dalam menghakiskannya boleh dikenakan tindakan.
Malah berdasarkan undang-undang yang ada juga, tanah-tanah rizab Melayu yang telah hilang itu mestilah digantikan semula dengan kawasan yang sama sifat dan keluasan yang sama.
Namun berdasarkan perkembangan yang berlaku, undang-undang yang ada bagaikan tidak dipedulikan oleh pihak kerajaan Umno-BN sendiri. Malah terdapat dari kalangan pemimpin Umno sendiri yang sanggup bersekongkol dengan pihak asing atau pihak pemaju bagi menghakiskan tanahtanah rizab Melayu demi kepentingan peribadi dan kroni-kroni mereka.

Kejadian itu menyebabkan undangundang kepada mereka hanya sekadar undangundang, malah ada di antara mereka itu sendiri agak kebal dengan undangundang.
Demi menjaga kepentingan tanah rizab Melayu dan hak orang Melayu, semua pihak perlu sedar, pembangunan tanah rizab Melayu secara ekstrem akan hanya terus meminggirkan orang Melayu, apatah lagi ketika mereka dilihat masih terkebelakang dalam penguasaan ekonomi.
Pihak kerajaan pula seharusnya tidak terlalu ‘ghairah’ membangunkan tanah rizab Melayu dan dijual kepada bukan bumiputera dan orang asing, sehingga akhirnya orang Melayu sendiri terpinggir.
Lebih mengecewakan, banyak kerajaan negeri yang terlalu memikirkan untuk membangunkan tanah berkenaan sehingga lupa untuk menggantikan semula tanah itu.

Oleh itu, tidak hairanlah jika terdapat pihak yang mahu undang-undang dan sistem tanah simpanan Melayu perlu dilihat semula bagi memastikan tanah rizab Melayu terus dilindungi bagi menjaga hak dan kepentingan orang Melayu.

Semua pihak juga perlu kembali semula kepada undang-undang tanah simpanan Melayu.
Ini bermakna tanah yang sudah diambil mesti didapatkan semula dan disimpan. Ia perlu dijadikan asas bagi menyimpan hak orang Melayu yang turut beriringan dengan hak bagi menjaga keutuhan kampung-kampung tradisi Melayu yang kini telah semakin pupus di seluruh negara. Jika tidak, tanah berkenaan dan identiti orang Melayu akan semakin berkurangan dan tidak mustahil terus hilang.
Setiap kerajaan negeri perlu bertanggungjawab terhadap penyusutan tanah rizab Melayu kerana ia jelas tertakluk di bawah bidang kuasa mereka. Hanya dengan cara itu baharulah tanah rizab Melayu akan terjaga seperti di Kelantan sejak negeri itu berada di bawah pemerintahan PAS.

Sumber : Detikdaily

No comments:

Post a Comment