اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, March 6, 2015

1MDB tidak boleh dikritik: Jawapan kepada Zahid – Sir Wenger



Kami terkilan dengan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya berhenti mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana beliau menyamakan kritikan terhadap 1MDB sama seperti kritikan terhadap tanah air.

Kenyataan beliau menaikkan status 1MDB daripada menjadi di antara penghutang terbesar tanah air kepada institusi-institusi seperti badan kehakiman dan pihak polis yang tidak boleh dikritik disebabkan oleh peruntukan undang-undang.

Inilah di antara pengiktirafan tertinggi yang pernah diberikan kepada mana-mana syarikat swasta.

Dikhuatiri jikalau 1MDB berjaya mengapungkan anak syarikat Edra Energy, mungkin juga penganalisa saham terpaksa memberi penilaian yang tinggi kerana takut terpaksa berdepan dengan tindakan oleh pihak berkuasa jika penilaian yang diberi tidak mencapai sasaran.

Ramai pengurus syarikat Fortune 500 yang sering kali dikritik jika tidak mencapai sasaran keuntungan akan merasa cemburu dan iri hati dengan layanan istimewa yang diberi kepada syarikat 1MDB.

Jikalau Zahid bertekad menyamakan syarikat peribadi 1MDB dengan kepentingan negara secara amnya, beliau sepatutnya mencadangkan kepada Kabinet supaya ahli perniagaan kontroversim Taek Jho Low dianugerahkan pingat Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran “Tun”.

Ini kerana beliau begitu terlibat dengan penubuhan syarikat 1MDB dan juga beberapa pelaburan yang kini dipersoalkan oleh pelbagai pihak. Goldman Sachs yang telah dibayar servis caj berbilion ringgit oleh 1MDB pula boleh dicadangkan diberi gelaran "Tan Sri". 


Lobo Lee, warganegara Hong Kong yang mengurus dana 1MDB yang diletakkan di kepulauan Cayman, pula boleh dicadangkan diberi gelaran "Datuk" supaya sama taraf dengan Jackie Chan.

Kami berpendapat kenyataan Zahid sama seperti menidakkan jasa para anggota polis yang bertungkus lumus menjaga kenteraman awam, perajurit yang mempertahankan sempadan negara dan pekerja di Petronas yang bertungkus lumus menjayakan syarikat tersebut sehingga berjaya memberi dividen berbilion ringgit kepada kerajaan.

Meskipun kesemua kumpulan tersebut menyumbang jasa kepada negara, namun kenyataan Zahid seolah-olah memberi gambaran beliau lebih prihatin menutup kelemahan syarikat 1MDB daripada menyiasat kesahihan terhadap tuduhan yang dilemparkan terhadap syarikat tersebut.

Akhir kata, kami menyatakan bahawa sebahagian besar kritikan terhadap 1MDB disebabkan pengurusan media dan perhubungan awam yang tidak mantap. 


Kerap kali rakyat terbelenggu dengan kenyataan berlapik-lapik dan penafiaan demi penafian walhal ramai kini sedar bahawa firma tersebut dalam bahaya.

Ini menyebabkan rakyat menjadi "frust" dan tidak yakin terhadap syarikat tersebut. Persoalaan asas seperti ke mana perginya wang yang ditebus daripada dana di kepulauan Cayman, masih tidak dapat dijawab oleh mana-mana pihak.

Rakyat hanya sekadar nak tahu sama ada caruman KWSP, kutipan GST, cukai peribadi ataupun khazanah negara akan dipinjam kepada 1MDB ataupun tidak.

Kalau ya, cakaplah ya, kalau tidak, cakaplah tidak. – 5 Mac, 2015.

* Sir Wenger merupakan pembaca The Malaysian Insider

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.






No comments:

Post a Comment