اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, March 7, 2015

Shafee aibkan perundangan negara, hina mahkamah


Oleh RAYUSA WALAUPUN membuat kesimpulan sama ada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibebaskan atau dipenjarakan dalam kes Liwat II adalah atas arahan “tangan ghaib,” saya seperti ramai rakyat Malaysia lain berharap episod mual bertahuntahun itu selesai sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, seolaholah ada pemimpin Umno-BN memang suka ia berterusan, cerita liwat berprofil tinggi itu tidak (boleh) ditamatkan. Ketika demonstrasi ala Reformasi 1998 setiap petang Sabtu walaupun dalam skala kecil di pusat belibelah Sogo, Kuala Lumpur mulai 14 Februari lalu, peguam kanan, Tan Sri Shafee Abdullah pula tampil dalam siri jelajah bagi menjustifikasikan penghakiman kes Liwat II terhadap Anwar.


Shafee telah dilantik oleh Jabatan Peguam Negara untuk mewakili pihak pendakwa dalam rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu, yang didengar oleh panel hakim, iaitu Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, dan Datuk Ramly Ali, yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria.

Seminggu selepas Anwar dipenjarakan, Shafee bercakap dalam sebuah forum anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (Akhi), Pemuda Umno di mana beliau mendedahkan butiran mengenai dakwaan pelakuan seks antara Ketua Pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Forum itu menjadi pentas pertama Shafee bercakap mengenai keputusan kes Liwat II sebagai tanda memulakan siri jelajah penjelasan dan justifikasi ke seluruh negara.
Pada 22 Februari lalu, Shafee bercakap pula dalam ceramah di Permatang Pauh. Yang menarik, media tidak dibenarkan membuat liputan atau menulis mengenainya.
Ceramah tersebut yang dinamakan Sejenak Bersama TS Shafee Abdullah, dianjurkan oleh NGO pro-Umno, Kelab Warisan Mutiara Pulau Pinang.

Penganjur ceramah itu meminta wartawan meninggalkan dewan di Politeknik Seberang Perai sebelum acara bermula.
Beberapa ratus hadir untuk mendengar Shafee memberi penjelasan mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan penghakiman Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar.
Wartawan terbabit memberitahu mereka diminta keluar. Jika tidak, mereka akan diiringi berbuat demikian.

Bagaimanapun, mereka kemudian dibenarkan mendengar, dan gambar mereka diambil.
Kumpulan pro dan anti Anwar pula berhimpun di pintu masuk.
Sebelum itu, Setiausaha Agung KeADILan, Rafizi Ramli mencabar ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengadakan debat terbuka di TV mengenai perbicaraan dan penghakiman kes Liwat II. Cabaran itu diajukan kerana tidak puas hati dengan siri jelajah Shafee.

Rafizi dan Khairy pernah berdebat di London dan dalam sebuah program anjuran tabloid Sinar Harian di Shah Alam tidak lama dahulu. Menurut Rafizi, program melibatkan Shafee itu dimulakan oleh Pemuda Umno, malah turut dihadiri Khairy.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek pada 18 Februari lalu bersedia memberi platform untuk debat terbuka antara Shafee dengan pihak yang mempertikai keputusan kes Liwat II.

Peguam PAS merangkap Ahli Parlimen Sepang, Hanifa Maidin turut menawarkan diri untuk berdebat dengan Shafee. Pada 23 Februari lalu, seorang pemimpin kanan Umno mengakui tindakan Shafee menjaja kes Liwat II akan memakan diri. Katanya, perkara itu telah dibawa dan dibincangkan panjang lebar di ibu pejabat Umno oleh jawatankuasa pengurusan pusatnya.
Baginya, perkara tersebut wajar ditamatkan sahaja. Dia bersetuju tindakan “menjaja” itu akan memakan diri sendiri dan mereka patut bersimpati pada Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anaknya untuk membiarkan perbincangan terbuka, terutamanya berkaitan butiran perbicaraan tertutup.

Langkah itu bagus. Namun, sukar diterima apabila pemimpin Umno membuat penafian bahawa parti mereka memainkan sebarang peranan ketika perkara itu dibincangkan. Bagaimana pula Umno tidak berperanan jika ceramah itu anjuran Bona Fide Friends (BFF), NGO pimpinan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.
Sambil menafikan Umno terlibat, dia memberitahu BFF dibentuk untuk menarik perhatian sokongan peguam muda Melayu kepada Umno.

Namun, dalam responsnya pada hari yang sama, Shafee bertegas akan meneruskan program jelajah itu selagi suarasuara mengecam dan tidak puas hati masih ada.
Tindakan keluarga Anwar yang diketuai Azizah menghantar surat permohonan keampunan diraja kepada Yang di-Pertuan Agong pada saat-saat akhir, 24 Februari lalu juga rasanya tidak akan mengubah pendirian Shafee. Mungkin juga Shafee akan mendapat “bola tanggung” membidas Anwar.

Walaua apa pun penjelasan Wan Azizah dan Nurul Nuha Anwar (anak ketiga Anwar), tentulah Shafee dan penyokong Umno-BN tentu membidas dan mengatakan Anwar memang bersalah kerana memohon keampunan.
Shafee berkata, beliau bersedia meneruskan dan membalas hujah kerana rakyat berhak mengetahui kebenaran. Penjelasan tersebut, katanya, bukan kerana marah kepada Anwar, tetapi kes beliau cuba diputarbelitkan.

Tanpa menyedari beliau sendiri menghina mahkamah, Shafee menegaskan langkahnya itu hanya mahu membetulkan sesetengah pihak seperti Majlis Peguam dan ahli politik yang mereka-reka cerita, serta menghina mahkamah.
Shafee memang menghina mahkamah dan memalukan bidang perundangan negara kerana mendedahkan prosiding mahkamah yang tidak wajar diketahui umum.

Malangnya, timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 24 Februari lalu mengatakan Umno tidak marah dengan tindakan Shafee menjaja kes Liwat II itu.
Kata Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri, Umno tidak pernah marah dan bertanya siapa yang mengatakan Umno berperasaan sedemikian.

Tambah malang, Muhyiddin mengatakan siri penerangan itu adalah sebahagian daripada hak Shafee kerana beliau seorang pengamal undang-undang yang arif tentang isu tersebut.
Katanya, Shafee diundang oleh beberapa organisasi dan mahu menjelaskan kes itu kerana beliau berkelayakan, pandai, dan lebih pakar.
Menurut Muhyiddin, jika ada pihak yang mengundang Shafee, terpulanglah kepadanya untuk menerima atau menolak, dan Umno tidak perlu gusar.
Sementara itu, presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan, Khairy dan Pemuda Umno sepatutnya menghentikan program jelajah untuk menyerang dan menyelar Anwar.

Ramai yang mengkritik pendakwaan ke atas Anwar kerana melihatnya sebagai tuduhan yang bersifat politik untuk melemahkan pihak pembangkang atau Pakatan Rakyat.
Pemuda Umno mendakwa siri jelajah tersebut bertujuan menjelaskan keputusan mahkamah dan menjawab tuduhan bahawa pemimpin Umno berkonspirasi untuk menjatuhkan Anwar.

Keputusan mahkamah itu telah tersebar dengan meluas dalam media cetak dan elektronik.
Justeru, tanya Azmi, untuk apa penerangan itu mahu disampaikan kepada umum dalam bentuk yang sedang dilakukan oleh Umno dan badanbadan yang sealiran dengannya?
Dalam forum pertama yang diatur oleh Khairy di Kelana Jaya itu, penjelasan kes Liwat II telah bertukar kepada penerangan yang bersifat sangat lucah oleh Shafee sehingga beliau mendedahkan maklumat terperinci yang tidak dibentangkan dalam mahkamah terbuka sepanjang tujuh tahun perbicaraan kes tersebut berjalan.

Tanya Azmi lagi, adakah ia bertujuan menerangkan kepada umum atau memburukkan reputasi Anwar yang kini merengkok dalam penjara dan tidak berpeluang membela dirinya?
Asasinasi atau membunuh personaliti Anwar dalam forum itu tanpa Anwar berpeluang membela diri, sangat menjijikkan, langsung tidak beretika, tidak Islamik dan pengecut. Serendah manakah seseorang itu sanggup menghumbankan dirinya dengan menyerang sedemikian? Jelajah tersebut menunjukkan sejauh ini Khairy dan Shafee terputus daripada ajaran Islam yang menyebabkan mereka berdua hilang pedoman moral.

Dalam perundangan Islam, seorang yang menuduh seorang yang lain melakukan homoseksual mesti membawa empat saksi terhadap perlakuan tersebut. Jika dia gagal membawa saksi tersebut, dia akan dihukum dengan sebatan dan dilabel sebagai fasik.

Lihat amaran al-Quran dalam ayat 4, surah an-Nur mengenai qazaf, yang membabitkan seorang yang menuduh orang lain berzina atau liwat. Orang yang melemparkan tuduhan (zina atau liwat) kepada perempuan (atau lelaki) yang terpelihara kehormatannya kemudian mereka tidak membawa empat saksi, maka sebatlah mereka 80 sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka itu selamalamanya kerana mereka adalah orang yang fasik.

Memburuk-burukkan dan menyelar seseorang itu adalah satu dosa dan seorang Muslim yang terlibat dengan tindakan tersebut, walaupun mengetahui ajaran Islam mengenainya, boleh dianggap seorang munafik atau hipokrit.

 Posted on Saturday, March 07 @ 15:33:38 MYT by paktam

No comments:

Post a Comment