اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, April 27, 2014

Perbezaan ketara.tidak memikul tanggungjawap.....

 


Photo: perbezaan ketara.tidak memikul tanggungjawap

BERAPI & GEMPAR!!! Perdana Menteri Bertangggungjawab Atas Insiden Ini Letak Jawatan... Jom Terjah!!!



SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan Chung Hong-Won letak jawatan, bertanggungjawab insiden feri karam. 

"Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghalang perkara ini berlaku dan tidak dapat memberi respon atas perkara ini," katanya.

"Saya percaya, sebagai Perdana Menteri, saya perlu bertanggungjawab dan meletak jawatan,"

Sewol, feri penumpang terbesar, karam bersama 476 penumpang -kebanyakkan daripada mereka kanak-kanak sekolah - dalam perjalanan menuju ke selatan pulau peranginan Jeju pada 16 April lalu.

Sehingga Ahad, jumlah kematian akibat tragedi itu dilaporkan 187 orang dengan 115 diambil kira.

Kerajaan Korea Selatan, bersama semua jabatan rasminya, telah dikritik hebat akibat nahas ini dan pengedalian operasi menyelamat.

"Kemalangan ini membuatkan seluruh Korea Selatan berada dalam kejutan dan dukacita . Banyak hari telah berlalu sejak kemalangan itu, namun jeritan keluarga yang hilang masih membuatkan saya terjaga pada waktu malam," kata Chung pada sidang media yang disarkan di televisyen.

"Kepada rakyat Korea Selatan , ini bukan masa untuk menunding jari kepada satu sama lain tetapi masa untuk menyelesaikan operasi menyelamat dan mengendalikan sebaiknya. Saya menyeru anda membantu mengatasi situasi sukar ini.

"Saya benar-benar berharap agar rakyat Korea Selatan dan keluarga mangsa Sewol akan memaafkan dan memahami saya kerana tidak dapat memenuhi tanggungjawab saya hingga akhir. Sekali lagi saya mohon anda memberi sokongan (kepada operasi menyelamat)."

Biarpun semua harapan untuk mencari mangsa yang terselamat telah dipadamkan, namun kemarahan dan kekecewaan keluarga mangsa masih ada terhadap tahap gerakan menyelamat.

Semua 15 anak kapal yang terselamat kini ditahan dan berdepan tuduhan melakukan janayah kerana cuai akibat meninggalkan penumpang.

"Saya ingin meletak jawatan lebih awal namun memberikan keutamaan kepada mengendalikan situasi ini dan saya fikir ia perbuatan bertanggungjawab untuk membantu sebelum meninggalkan," kata Chung.

"Tapi saya memutuskan untuk meletak jawatan sekarang tidak menjadi beban kepada pentadbiran," katanya.




Patutkah PM Haji Najib letak jawatan akibat kehilangan MH370.. 
Cer Fikir2 tengok....

No comments:

Post a Comment