Seorang
kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya terpisah dari
badan di tebing Sungai Klang berhampiran stesen komuter Kuala Lumpur,
Jalan Hishamuddin, di sini, malam tadi.
Kanak-kanak
malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang
awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing
yang sempat melarikan diri.
Mangsa
di bawa lari oleh warga asing berkenaan disebuah pusat membeli belah di
Pudu Sentral ketika ditinggal bersama rakan ibu berkenaan.
CCTV menunjukkan warga asing mengheret tangan mangsa keluar daripada pusat membeli belah berkenaan.
Ketua
Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata,
mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat
beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.
"Polis
sedang mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya
mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga
asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.
"ibu
bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun
belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik
melihat keadaan anaknya," katanya.
Menurut
Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan jubin
berhampiran mayat namun belum dapat dipastikan sama ada ia digunakan
untuk mengelar mangsa.
"Polis
tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan senjata tajam untuk
mengelar leher mangsa berdasarkan kesan kelar berkenaan," katanya.
Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.
....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment