Negara paling kecil didunia yang
letaknya di laut lepas sekitar 13 kilometer dari Suffolk, United
Kingdom. Luasnya hanya 4 km persegi.
Struktur ini dibina oleh Tentera
Laut Kerajaan Inggeris. Namun pada tahun 1968 mahkamah memutuskan
struktur tersebut berada di wilayah perairan antarabangsa, dan ertinya
di luar bidang kuasa Inggeris.
Kemudian datanglah sekumpulan
orang dari Belanda ingin mengambil alih Sealand. Seorang lelaki bernama
Michael Bates melawan dengan menggunakan helikopter. Bates menang, dan
ia menobatkan diri sebagai Pangeran Sealand.
Hebatnya, Sealand mempunyai
setem sendiri, lagu kebangsaan, wang, hingga bendera kebangsaan. Ironis,
kewujudan Sealand jadi polemik bagi dunia antarabangsa.
Negara ini tidak menjadi anggota
PBB, dan pada tahun 1987 Inggeris memperluaskan wilayah perairannya
hingga mendakwa Sealand masuk ke dalam kekuasaan Inggeris.
Walau demikian Bates tetap
melawan dan mengemukakan banyak hujah kalau Sealand sah menjadi negara
yang berdaulat. Alasannya tetap, Sealand tidak masuk wilayah negara mana
pun saat dibina.
Tambahan pula, orang-orang
Belanda yang kalah melawan Bates ditahan dalam penjara dan banyak negara
yang menyeru agar Bates membebaskan mereka. Ini bermakna, kalau Sealand
bukan negara, mana mungkin mereka meminta hal tersebut?
Menurut wikipedia, jumlah populasi di Sealand pada 2004 berjumlah 27 orang. Nyatanya, kini hanya ada 4. ~dairishare
No comments:
Post a Comment