Kalau ikut statement Zahid dalam Dewan Rakyat tu kenyataan Ruslan Kasim ugut nak pancung leher tu pun tak salah jugak la.
Seorang pemimpin kumpulan pendesak Melayu PERKASA mengancam “memancung leher” pihak yang didakwa memperkotak-katik agama dan memperlekehkan sultan.
Dalam ucapan berapi-rapinya hari ini, Yang Dipertua PERKASA Negeri Sembilan Ruslan Kassim berkata demikian dalam perhimpunan di depan istana Selangor, merujuk kepada “parasit” yang menurutnya “lebih baik berambus”. - Mkini.
“Kalau mereka tidak berhenti dari terus memperkotak-katikkan agama, kalau mereka tak berhenti dari terus memperlekehkan DYMM sultan, kita akan memancung leher mereka.Aku langsung tak sokong Akta Hasutan tapi kalau nak kira kenyataan macam ni lebih sesuai diambil tindakan di bawah akta hasutan dari pada dakwa Adam Adli yang cuma kata 'jatuhkan' dan 'rampas' kerajaan.
“Lebih baik mereka berambus, lebih baik mereka mati, lebih baik tidak berada di negara ini, daripada menjadi penyakit, menjadi virus, jadi parasit pada agama kita, bangsa kita, negara kita,” katanya. - Ibid.
Tapi macam biasa la kalau statement macam tu keluar dari mulut Pakatan Rakyat tentu punya belum apa-apa lagi pemimpin tu akan kena tahan, tapi bila kenyataan ni keluar dari mulut pemimpin NGO 'kesayangan' Umno Zahid Hamidi memang buat-buat tak dengar ja buat macam takdak apa-apa ja.
Macam sebelum ni bila ada yang ugut nak tampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, TheMalaysianInsider melaporkan:
Tindakan badan bukan kerajaan (NGO) mengugut untuk menampar Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok bukan satu tindakan jenayah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar).Kalau ikut statement Zahid dalam Dewan Rakyat tu kenyataan Ruslan Kasim ugut nak pancung leher tu pun tak salah jugak la.
Zahid dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat berkata, menjadi prinsip dalam undang-undang jenayah di mana suatu kesalahan jenayah hanya boleh wujud apabila terdapatnya dua elemen “actus reus” (perbuatan) dan “mens rea” (niat jahat) dilakukan serentak.
"Oleh demikian, ia tidak boleh dikatakan wujud suatu jenayah dilakukan kerana tidak memenuhi prinsip undang-undang seperti yang saya nyatakan tadi," katanya. - TMI.
Sangat-sangat berbeza tindakan kerajaan Rejim Umno BN terhadap Rayer yang kata 'Umno bodoh'
Bernama melaporkan:
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima RSN Rayer akan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, di Lebuh Light di sini, esok.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata wakil rakyat berusia 43 tahun, yang juga seorang peguam, itu akan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
"Polis menerima 14 laporan polis berhubung kenyataan wakil rakyat berkenaan baru-baru ini dan selepas hampir sebulan kami menjalankan siasatan, Rayer akan didakwa esok," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Rabu. - Bernama.
CenangauDkari
No comments:
Post a Comment