Alkitab: Peguam Negara salah tafsir Enakmen
PETALING JAYA: Majlis 
Agama Islam Selangor (MAIS) menganggap bahawa Peguam Negara telah 
melakukan kesalahan dalam mentafsir Enakmen 1988 Seksyen 9(1) kerana MAIS meyakini bahawa wujudnya ruang di dalam enakmen tersebut untuk satu pendakwaan dibuat.
 Pada 11 Jun lalu, 
Peguam Negara telah memutuskan bahawa tiada pendakwaan akan dibuat 
berhubung kes rampasan Alkitab oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 
dan kes itu ditutup.
MAIS juga mengambil pendirian bahawa Peguam Negara atau Exco Kerajaan 
Negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan JAIS supaya 
memulangkan Alkitab kepada Persatuan Bible Malaysia, BSM.
 Jika Alkitab ini 
dipulangkan kepada BSM, kitab-kitab ini dipercayai akan beredar kembali 
kepada masyarakat dan ia akan melanggar Enakmen 1988 Seksyen 9 (1).
Pihak yang mempunyai ‘kuasa’ untuk memerintahkan pemulangan atau 
pelupusan Alkitab terletak di ‘tangan’ pihak mahkamah.
 Pada Januari lalu, JAIS
 telah melakukan serbuan dan merampas Alkitab di premis BSM dan menurut 
MAIS, tindakan itu adalah sejajar dengan peruntukkan Enakmen 1988 
Seksyen 9 (1).
Pemberitaan ini berdasarkan laporan bertarikh 16 Jun 2014 yang diberikan
 kepada FMT oleh sumber dalaman JAIS.SUMBER
 

 
No comments:
Post a Comment