Barisan Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tidak memberi 
kerjasama kepada Kerajaan Negeri ketika diminta menghadiri mesyuarat 
bagi membincangkan status pembangunan dan penyaluran air seluruh 
Selangor yang dilaksanakan setiap dua hari.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata dalam mesyuarat 
yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Kushrin Munawi 
itu hanya dihadiri 50 kakitangan bawahan termasuk pihak lain berkaitan 
tanpa pengurusan tertinggi."
Apabila kita adakan mesyuarat tersebut, kita panggil pegawai tertinggi 
Lembaga Urus Air Selangor (LuAS), Suruhanjaya Perkhimatan Air Negara 
(SPAN) termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan
 Air. 
Mereka semua datang tetapi lima pegawai eksekutif tertinggi SYABAS yang 
kita jemput tak datang."Mereka (SYABAS) hantar kakitangan yang purata 
gaji mereka tak sampai RM150,000 sebulan sedangkan lima mereka itu 
kumpulan gaji hampir RM3 juta sebulan tapi tidak hadir."
Ini menunjukkan Kerajaan Negeri masih belum menguasai perkara itu," 
katanya di sini, hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta 
mengulas berhubung dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua 
yang menyalahkan Kerajaan Negeri berkenaan gangguan bekalan air terbaru 
yang berlaku di negeri itu.
Beliau berkata, pihak tertentu seharusnya memahami kedudukan Kerajaan 
Negeri yang tidak mempunyai kuasa untuk meminda pengurusan SYABAS bagi 
menyelesaikan masalah air sebelum pengambilalihan industri air dapat 
dilakukan.
Malah, dalam masa yang sama, katanya, semua pihak diminta memberi 
peluang kepada Kerajaan Negeri sekurang-kurangnya enam bulan selepas 
pengambilahan sebelum menimbulkan sebarang pertikaian."
Untuk ini, kita sudah minta Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk 
menyiapkan program pengambilalihan ."Katakan bulan Julai kita ambil, 
kena bagi masa enam bulan untuk urus, tetapi jika kita ada masalah baru 
boleh kata Kerajaan Negeri tidak cerdik urus air. 
Kena bagi kita masa kerana dalam perniagaan juga diberi masa," 
katanya.Beliau berkata, sebelum proses sepenuhnya pengambilalihan, 
Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa penuh kepada SYABAS."
Kalau kita mempunyai kuasa penuh nanti bolehlah kalau nak kata Kerajaan 
Negeri bodoh ke tolol. Jadi, waktu ini tidak boleh kata Kerajaan Negeri 
tidak buat kerja," katanya.
Sebelum ini, Abdul Khalid berkata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan 
Air, Datuk Seri Maximus Ongkili juga kesal dengan tindakan SYABAS kerana
 gagal memastikan pengagihan air dilakukan secara lancar. ~sk
 

 
No comments:
Post a Comment