Sekiranya anda menganggap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seorang yang 
tidak ada 'class', suka menghina dan jahil, salahkanlah Tun Abdullah 
Ahmad Badawi.
Karier politik beliau pernah terkubur selepas meletak
 jawatan Ketua Pemuda Umno, malah beliau pernah ditahan di bawah Akta 
Keselamatan Dalam Negeri sejurus selepas pemecatan Datuk Seri Anwar 
Ibrahim pada September 1998.Kepada mereka yang lupa sejarah Zahid, 
beliaulah yang menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad atas tuduhan kronisme 
dan nepotisme."
Rancangan itu tidak jadi, dan Dr Mahathir menelanjangkan sifat talam dua
 muka Zahid dengan membongkar bagaimana Zahid telah memperkayakan diri 
menerusi kronisme. Dari segi politik, Zahid terkubur, sehinggalah 
Abdullah, selepas mengambil alih dari Dr Mahathir, memberikan beliau 
nafas baru dalam Umno dan kerajaan.Yang selainnya tinggal sejarah. 
Menyedihkan. 
Zahid kemudiannya bangkit semula dan kini merupakan Menteri Dalam 
Negeri. Sesuatu yang ironis, kerana orang yang dituduh memukul kekasih 
anak perempuannya kini ditugaskan menjaga keamanan. 
Pertuturannya umpama samseng; tidak berupaya membezakan dirinya sebagai 
orang Umno dan Menteri Dalam Negeri, dan ia menjadi peringatan betapa 
ramai pak menteri dalam kabinet XXL Najib sekarang terdiri daripada 
individu yang tidak cekap.
Hari ini, jauh dari merasa kesal dan terganggu dengan perbuatan 
meninggalkan kepala lembu di rumah R.S.N. Rayer di Pulau Pinang, Zahid 
memarahi Adun DAP itu atas keceluparannya, sambil berkata beliau sendiri
 mengundang perbuatan tersebut kerana kenyataan "Umno celaka" yang 
diucapkan di sidang Dewan Undangan Negeri.
Ingat, ini kata-kata seorang Menteri Dalam Negeri. Seolah-olah beliau 
bersetuju dengan mereka di belakang perbuatan melemparkan kepala lembu 
itu. Beliau tidak berbeza dengan seorang lagi menteri dalam negeri dari 
Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang satu ketika dulu turut 
bersimpati dengan orang partinya yang mengheret kepala lembu di Shah 
Alam pada 2009.
Apakah seseorang akan berfikir dua kali sebelum mengulang perbuatan yang
 dianggap penghinaan ke atas penganut Hindu itu? Tidak peliklah apabila 
sejak kebelakangan ini, golongan minoriti terpaksa berdepan dengan 
bangkai binatang dilemparkan di rumah ibadat dan tempat lain?
Tindakan provokatif mereka jauh sekali mengundang hukuman. Bilakah kali 
terakhir polis menangkap sesiapa yang perlu ditangkap?Mudah, malah 
terlalu mudah, untuk mengatakan bahawa ini mengenai Rayer semata-mata 
dan rakyat Malaysia tidak perlu terlalu teruja dengan kenyataan Zahid.
Keceluparan Zahid menunjukkan ramai di dalam kerajaan tidak mampu 
membezakan yang hak dan batil, dan tidak faham akan asas kepimpinan, 
iaitu mereka di tampuk kuasa perlu buta warna dan tidak menyebelahi 
mana-mana pihak dalam menjalankan tugas.
Zahid menunjukkan beliau tidak layak menjadi seorang pengadil jujur. Dia
 cumalah orang Umno, tidak lebih dari itu. Cuma seorang yang 
mengeluarkan penghinaan, seorang yang tiada 'class'.Cuma sebuah hadiah 
peninggalan Abdullah Badawi, seperti juga suruhanjaya rasuah yang tidak 
bertaring dan kehakiman yang tidak berkredibiliti. ~tmi
 

 
No comments:
Post a Comment