NILAI: “Agama saya cuma atas 
kertas, saya tidak kisah.”. Itu pengakuan mengejutkan seorang lelaki 
warga tempatan dikenali sebagai Zul, 45, yang ditemui di rumah sewa 
seorang warga Kanada di Flat Taman Semarak, di sini, semalam.
Malah,
 Zul mengaku kepada wartawan bahawa dia dan lelaki warga Kanada berusia 
50 tahun itu adalah pasangan gay sejak lebih 20 tahun lalu.
Dalam Ops 6p pada Sabtu lalu, 
warga Kanada itu ditahan bersendirian oleh anggota Jabatan Imigresen 
Negeri Sembilan di rumah berkenaan kerana kesalahan tinggal lebih masa 
di negara ini selain agensi terbabit turut menemui remaja orang kurang 
upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, dalam keadaan kebuluran di sebuah 
rumah di kawasan flat berkenaan. 
Bagaimanapun, Jabatan Imigresen 
berkunjung semula ke rumah berkenaan, malam kelmarin, bagi mengesan 
maklumat yang boleh membantu siasatan berhubung warga Kanada itu sebelum
 menemui Zul, sekali gus membongkar kehidupan terlarang mereka.
Zul berkata, dia berkenalan 
dengan warga Kanada terbabit pada 1990 dan sejak itu, dia tidak lagi 
mementingkan kehidupan beragama dan jauh lari dari landasan Islam. ~hmetro
Addin:
Mungkin ini yang di maksudkan oleh Dr. Asri apabila negara hilang berkat..
 

 
No comments:
Post a Comment