اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, July 29, 2014

Petaka Armagedon: Polisi kuffar di Iraq dan Timur Tengah (1)





Ibrah sejarah untuk difahami, agar anasir Dajjal dilihat dari mata hati, bukan mata nafsu, insya-Allah.

Kekacauan yang kita saksikan di Iraq mutakhir ini dapat ditelusuri kembali semasa Perang Dunia Pertama (WW1), ketika para pegawai/pentadbir British dalam kesepakatan sulit dengan Perancis melakar perbatasan dunia Arab pasca kekhalifahan Uthmaniah. Justeru musuh-musuh Islam itu membentuk negara baharu Iraq.

Wilayah Mesopotamia (nama lama Iraq) diurus tadbir sangat berbeza selama era Uthamaniah – dibentuk secara utuh dan bijak dalam tiga daerah yang berbeda. Daerah utara yang bergunung-gunung dari Mosul dikaitkan dengan hub ekonomi ke Anatolia dan Syria Raya (Greater Syria), sedangkan daerah tengah Baghdad mendukung pertanian dan perdagangan terutamanya dengan Iran dan Barat Daya wilayah.

Daerah selatan Basrah pula memberi tumpuan kepada Teluk Parsi dan perdagangan luar negara dengan India.

Justeru pembuat polisi British menekuni usaha dalam melindungi telaga-telaga minyak Iraq dan Iran, serta keselamatan komunikasi emperial mereka dengan India. Motif ini menyebabkan mereka mengubah wilayah itu dengan memaksa penggabungan Iraq moden melalui penubuhan sebuah negara Iraq baharu di bawah mandat komplot jahat di tahun 1920, setelah Perjanjian Sykes–Picot 1919.

(On May 19, 1916, representatives of Great Britain and France secretly reach an accord, known as the Sykes-Picot agreement, by which most of the Arab lands under the rule of the Ottoman Empire are to be divided into British and French spheres of influence with the conclusion of World War I)

Palestin diletakkan di bawah pentadbiran antarabangsa, tanpa restu rakyat di bumi itu. Justeru ia dipastikan dimiliki oleh Rusia dan kuasa-kuasa Kristian lainnya yang turut menanguk hasil mahsul wilayah sekitarnya.

Selebihnya di wilayah yang lebih luas termasuk Syria moden, Mosul di utara Iraq, dan Jordan, akan mempunyai ketua-ketua Arab tempatan di bawah pengawasan Perancis di utara dan British di selatan. Juga, Britain dan Perancis akan mengekalkan laluan bebas dan kepentingan perdagangan di zon berpengaruh lainnya.

Sama seperti Britain yang cuba untuk membentuk Timur Tengah dan Arab untuk kepentingan mereka dalam era pasca Khalifah Uthmaniah, pemerintah Amerika Syarikat mulakan Perang Dingin dengan matlamat yang sama. Justeru pihak Rumah Putih yang bersekongkol dengan pihak Zionis Yahudi membentuk tiga teras menjarah Timur Tengah sejak 1950-an seperti berikut:

1) Memastikan kewujudan, keselamatan dan kesejahteraan Israel;
2) Menahan cita-cita Soviet Union (Kesatuan Soviet);
3) Memastikan mereka dapat membolot sumber-sumber minyak mentah dari negara-negara pengeluar.

Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat (AS) muncul sebagai kuasa besar yang begitu angkuh dengan matlamatnya. Kata mereka, ‘kini sudah tiada kuasa paling mengancam di dekad-dekad lalu’.

Persoalan seterusnya yang timbul bagi penggubal dasar AS adalah bagaimana untuk mengekalkan pencapaian ini. Sementara objektif sama kekal di sepanjang setiap pentadbiran Rumah Putih AS, gaya polisi untuk mencapai objektif ini telah diubah dari satu pentadbiran ke pentadbiran yang lain.

Justeru, melihat dengan lebih dekat polisi dan pendekatan itu akan memberi gambaran jelas akan kemelut di Iraq dan onar semasa AS. Objektif menakluk dan menjarah bumi umat Islam tetap kekal, dengan Israel menjadi anak emas Rumah Putih.

** Akan bersambung, insya-Allah.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

No comments:

Post a Comment