اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, July 29, 2014

WhatsApp bocor, PAS tak boleh dipercayai, kata pengguna Internet



OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
Published: 29 July 2014
PAS sekali lagi dikritik pengguna Internet selepas mesej WhatsApp di kalangan pemimpinnya – membincangkan “analisis senario” sekiranya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat – dibocorkan pada Ahad lepas dan tersebar luas kepada pengetahuan umum.
Ramai mengatakan PAS terbukti tidak boleh dipercayai apabila mesej yang merupakan perbincangan sulit antara pemimpin kanan parti itu dalam kumpulan WhatsApp PAS Pusat boleh tersebar.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki di dalam WhatsApp mesejnya berkata sekiranya PAS keluar Pakatan, ia masih boleh berkuasa di Selangor dan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, dengan bergabung membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno.
Sebahagian lagi mesejnya memetik Zuhdi berkata: "Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini."
Ini menimbulkan kemarahan pengguna Twitter yang bertindak menyeru rakan lain dalam Pakatan – DAP dan PKR – untuk memutuskan sekutu mereka dengan PAS.
"Selepas WhatsApp itu, ramai yang marah dengan PAS," kata @Art_Harun sementara @aimancaezar berkata: "Tiada simpati langsung untuk PAS. Strategi politik tahap tinggi dibincang melalui WhatsApp dan maklumat bocor. Semua ini perkara asas."
Ramai juga kecewa dengan PAS – yang selama ini dikenali tegas dengan pandangannya sebelum menyertai Pakatan – mengatakan mereka tersilap dalam menyangka parti Islam itu sudah tidak lagi mempunyai pendirian yang melampau.
@patricklsk berkata: "Kalau mesej WhatsApp itu sahih, ia membuka mata kita kepada siapa PAS sebenarnya. Selama ini saya sangka PAS tidak lagi begitu..."
"Kalau benarlah yang tersebar itu adalah dari kumpulan WhatsApp PAS, saya tak tahu apa nak kata lagi," kata @afifsohaili.
@Sasindran88 menambah: "PAS sudah sampai ke penghujungnya apabila WhatsAppnya mendedahkan rupa sebenar parti itu yang berbau perkauman, dan ia datang dari pimpinan atas parti itu!!!"
PKR dan DAP juga marah dengan kejadian mesej bocor itu dan menyeru kepimpinan PAS mengambil tindakan tegas menangani perkara itu.
Setiausaha DAP Anthony Loke berkata cadangan PAS bergabung dengan Umno untuk membentuk kerajaan negeri Selangor ialah satu pengkhianatan terhadap Pakatan dan rakyat Selangor.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyeru PAS mengambil tindakan disiplin atas Zuhdi dan menyelarnya kerana bersikap perkauman.
Zuhdi sementara itu menegaskan dia tidak menyokong PAS keluar Pakatan tetapi cuma menganalisa apa yang akan berlaku sekiranya ia terjadi setelah diminta pimpinan lain untuk melakukan analisis.
Semalam pengguna Internet marahkan PAS dalam isu Khalid yang sudah dipersetujui pertukarannya oleh PKR dan Majlis Pimpinan Pakatan tetapi dibantah oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sumber : http://mimpi-senja.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment